KUALA LUMPUR :Bagi merancakkan lagi pembangunan ekonomi wilayah, Menteri Kewangan mengumumkan projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pelan tersebut adalah di bawah Strategi 2: Agenda Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang terkandung dalam Belanjawan 2021.
"Strategi kedua berkaitan dengan agenda pembangunan lima tahun negara di bawah RMK-12. Ini merupakan peringkat 6R terakhir iaitu Reform atau Menyusun Semula.
"Kerajaan akan memberi tumpuan kepada perbelanjaan pembangunan yang memberi manfaat besar kepada rakyat dan menyokong momentum pertumbuhan ekonomi," jelasnya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Berikut adalah projek lima koridor wilayah pembangunan ekonomi yang akan diteruskan pada 2021:
Pertama: Sistem Pengangkutan Bas Rapid Transit di 3 Laluan Berkapasiti Tinggi dan Pembinaan "Busway" di kawasan pembangunan IRDA
Kedua: Pembinaan Jambatan Palekbang ke Kota Bharu, Kelantan di bawah ECER
Ketiga: Pembinaan infrastruktur dan komponen projek Zon Pembangunan Khas di Yan dan Baling, Kedah di bawah NCER
Kempat: Projek Infrastruktur di Kawasan Perindustrian Samalaju, Sarawak di bawah SCORE
Kelima: Penyambungan Projek Pembesaran Pelabuhan Kontena Sapangar Bay, Sabah di bawah SDC
Selain itu, Tengku Zafrul berkata, galakan cukai sedia ada bagi Koridor Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Iskandar Malaysia dan Koridor Pembangunan Sabah dilanjutkan sehingga 2022.
"Peruntukan sebanyak RM150 juta juga disediakan bagi Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Kesang dan Tasik Biru ke Empangan Jus, Melaka.
"Selanjutnya, KWSP akan meneruskan pembangunan Kwasa Damansara dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM50 bilion.
"Ia merangkumi pembangunan kawasan komersial, kediaman, infrastruktur sosial, hab inovasi dan perubatan. Lebih 100,000 peluang pekerjaan bakal dijana, manakala lebih 250,000 unit rumah termasuk 10,000 unit rumah mampu milik akan dibina," jelasnya.
Pada masa sama, Tengku Zafrul memaklumkan, bagi tahun 2021, Sabah dan Sarawak akan menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan masing-masing sebanyak RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion.
"Peruntukan ini antaranya untuk membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan," ujarnya.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Nov 06 2020

Tengku Zafrul memaklumkan, bagi tahun 2021, Sabah dan Sarawak akan menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan masing-masing sebanyak RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion. Foto Bernama

Pinda akta, beri makanan halal kepada haiwan - Pekemas
Status halal untuk makanan haiwan-haiwan di negara ini penting seperti mana status halal makanan untuk umat Islam.

Isu sempadan P.Pinang-Kedah: Tindakan akan diambil terhadap penyebar maklumat palsu
Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Dewan Rakyat bincang isu wang tidak dituntut hari ini
Sidang Dewan Rakyat akan bincang mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023 serta cadangan untuk memanfaatkan wang tersebut.

Selit babak seks dalam novel, Menteri Kewangan Perancis dikritik hebat
Ramai mempersoal menteri itu yang memiliki banyak masa untuk menulis novel, selain dianggap tidak sensitif terhadap krisis semasa.

Bekas Menteri Kewangan UK, Nigel Lawson meninggal dunia
Bekas Menteri Kewangan Britain, Nigel Lawson meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Jadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya utama - Ahmad Maslan
Bidang keusahawanan perlu dijadikan kerjaya utama rakyat di negara ini dalam meningkatkan pendapatan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Kerajaan nafi Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhari
Kerajaan menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

HSBC beli Silicon Valley Bank pada harga 1 pound
Menteri Kewangan United Kingdom, Jeremy Hunt, mengesahkan pemerolehan ini menerusi kenyataan di laman Twitter rasminya. Hunt berkata tindakan itu telah dilakukan tanpa melibatkan wang cukai rakyat.

Belanjawan 2023, saya sedang menyediakannya - PM Anwar
Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa, memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menarik pelaburan.

Bekas Menteri Kewangan disiasat berhubung harta ratusan bilion ringgit di luar negara - Laporan
SPRM dilaporkan menjalankan siasatan ke atas seorang bekas Menteri Kewangan berhubung penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan bilion ringgit sehubungan pendedahan 'Pandora Papers'.

Tiada masalah PM jadi Menteri Kewangan, zaman PN perintah pun banyak yang rosak - Anwar tempelak Radzi
"Kalau Yang Berhormat sabar mungkin dalam masa terdekat akan ada 'berita baik' untuk rakyat," kata PM Anwar kepada Radzi.

Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan untuk tingkatkan hasil negara
Jawatankuasa Penasihat itu juga akan menasihati Menteri Kewangan mengenai perkara berkaitan subsidi.