KUALA LUMPUR:Sesi libat urus yang dilakukan Perikatan Nasional dalam memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan adalah sebuah langkah terbaik.

Menurut Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abdul Hamid, usaha tersebut menunjukan sesebuah kerajaan memerintah itu bersifat terbuka dan ia penting dalam memastikan kerajaan itu adalah sebuah kerajaan inklusif.

“Kalau kita lihat mengapa berlakunya libat urus adalah kerana senario politik terutamanya kedudukan majoriti parti yang memerintah itu sendiri yang membolehkan ia berlaku.

“Dalam konteks Barisan Nasional (BN)  kali ini dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), libat urus ini dilakukan terutamanya di pihak PN kerana mereka memerlukan undi daripada Ahli Parlimen yang bukan daripada mereka.

“Ini penting bagi memastikan pembentangan Belanjawan 2021 diterima. Bagaimanapun, sesi libat urus secara terbuka seperti yang dilakukan PN, tidak dinafikan ini satu usaha yang baik dalam menerima keadaan terbuka pada parti yang memerintah, ia penting dalam jadikan kerajaan inklusif,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika di temubual dalam perbincangan pasca Belanjawan 2021 menerusi program Agenda AWANI malam tadi.



BACA: Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar di Dewan Rakyat

BACA: Belanjawan 2021: Kem pembangkang beri laluan hari ini - Anwar


Bagaimanapun, Prof Hamidin memaklumkan episod politik yang berlaku dalam Dewan Rakyat pada Khamis menyaksikan masalah kepimpinan dalam kerajaan mahupun pembangkang.

“Episod yang berlaku di Dewan Rakyat ketika ini, dalam konteks undi peringkat pertama RUU Belanjawan kali ini adalah dalam konteks kepimpinan.

“Berlakunya kemasalahan kepimpinan kedua-dua pihak, bagi PN mereka perlukan libat urus BN untuk pastikan bahawa undian mencukupi.

“Masalah sama juga dalam Pakatan Harapan (PH) tidak tunjuk keseragaman undi petang tadi,” ujarnya.

BACA: Belanjawan 2021: Sokongan bukti kematangan Ahli Parlimen - PM

BACA: Belanjawan 2021: Ahli Parlimen pembangkang tak rasa bersalah mungkir janji - Dr Mahathir