KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata sokongan ahli-ahli Parlimen terhadap Belanjawan 2021 pada peringkat dasar merupakan bukti kematangan mereka dalam membuat keputusan penting.
Menurut Muhyiddin, ahli Parlimen bersikap matang dalam meletakkan kebajikan, keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan mendahului perkara lain.
Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua ahli Parlimen terutamanya Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
"Belanjawan 2021 adalah belanjawan terbesar dan sangat penting kepada negara dan sokongan ini membolehkan kerajaan melaksanakan segala perancangan perbelanjaan untuk tahun hadapan dengan teratur dan lancar.
BACA: Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar di Dewan Rakyat
"Ini membuktikan kerajaan PN amat prihatin mendengar keluh-kesah rakyat dan amat responsif terhadap pandangan pelbagai pihak dalam membantu rakyat memulih serta menjana semula ekonomi negara yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan, hari ini.
BACA: Belanjawan 2021: Skim i-Sinar diperluaskan kepada semua ahli KWSP - Tengku Zafrul
Perdana Menteri turut menyatakan beliau tersentuh dengan pendirian ahli Parlimen yang menyokong belanjawan itu, sekali gus membuktikan mereka menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Al-Sultan Abdullah, sebelum ini, mahu ahli-ahli politik mengetepikan sementara ‘politiking’ bagi membolehkan Belanjawan 2021 diluluskan tanpa gangguan, apatah lagi dalam keadaan negara sedang bergelut dengan ancaman pandemik COVID-19.
"Saya juga ucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Kementerian Kewangan yang telah bertungkus-lumus menyiapkan penggulungan Belanjawan 2021 dengan beberapa penambahbaikan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Menurut Muhyiddin lagi, penambahbaikan ini turut mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen yang mengambil bahagia ketika perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 dijalankan.
"Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan PN adalah sebuah kerajaan yang sentiasa bersikap terbuka dalam menerima sebarang pandangan, teguran dan kritikan," katanya.
Muhyiddin berharap Belanjawan 2021 akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk mensejahterakan kehidupan rakyat dan negara.
Astro Awani
Thu Nov 26 2020

Menurut Muhyiddin, ahli Parlimen bersikap matang dalam meletakkan kebajikan, keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan mendahului perkara lain. - Gambar fail

Larang Rentas Negeri | Tinjauan Lorong tikus di Pasir Puteh
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan.

Banjir | Terengganu dijangka tidak berdepan gelombang keenam
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan Terengganu ketika ini dalam tempoh 'bertenang' dan dijangka tidak akan berdepan gelombang banjir keenam.

Harga Sayur | Alami kenaikan mendadak
Harga sayur-sayuran di Kedah mengalami peningkatan yang mendadak sejak awal bulan ini.

PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.

UKM tawar rawatan psikososial kepada lelaki bina 11 bonggol
Beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam.

Dua sepupu ditahan cuba seludup dadah ketika PKP
Tindakan lelaki menyeludup dadah melalui jalan tikus ketika PKP gagal selepas ditahan Polis Melaka.

UMNO | Beri peluang kepada Zahid sehingga tamat penggal
Terdapat pandangan dan gesaan beberapa pemimpin dan ketua sayap UMNO negeri agar parti itu mengadakan pemilihan segera bagi menyelesaikan kemelut dan menentukan hala tuju parti Melayu terbesar itu.

Kemusnahan Alam | Kerajaan Perak arah kerja di Tanjung Batu dihentikan
Kerajaan Negeri Perak arahkan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar melakukan siasatan menyeluruh mengenai kerosakan yang berlaku di Air Terjun Tanjung Batu, Segari, Perak.

Politik | UMNO dilanda angin perubahan?
Kita bersama Prof Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik.

Jenayah | Tiga rakan didakwa membunuh di ladang Tanjung Rambutan
Tiga orang rakan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau di sebuah ladang di Tanjung Rambutan.

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bukan sehingga kiamat - Bekas setiausaha politik Tun M
Proklamasi darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Pemeriksaan Astro AWANI mendapati dana itu diperuntukan untuk tiga projek dewan, dan menelan kos pembinaan sebanyak RM35,435,992.00.

MOF kaji tambah baik Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kajian tersebut dilakukan susulan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika ini.

Kerajaan terus laksana langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 bagi memastikan Malaysia kekal di atas landasan pemulihan pada tahun ini.

Tempoh PKP jika dilaksanakan semula tidak perlu terlalu lama - Pakar
Kerajaan perlu memperhalusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri sahaja dan bukan seluruh negara.

Mencari keseimbangan di antara ekonomi dan kesihatan awam
Ketika kes COVID-19 terus melonjak dengan drastik di negara ini, setiap orang berada dalam keadaan yang pasti berharapkan kepada suatu yang terbaik.

Kerajaan memahami kepentingan FDI - Tengku Zafrul
Malaysia mempunyai tarikan sebagai destinasi untuk perniagaan dalam komuniti global dan kerajaan memahami kepentingan untuk menarik pelaburan.

Kerajaan sekarang tidak boleh digantung harap - Anwar
Kenyataan dibuat Menteri Kewangan melibatkan KWSP, moratorium dan HSR semasa penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini sukar untuk dipercayai.

RMK-12 perlu jamin ekonomi kalis krisis
Harus memberi tumpuan kepada usaha mempelbagaikan sumber ekonomi berbanding hanya bergantung kepada sektor sedia ada.

Hampir RM26 juta untuk pulih pelancongan Perak tahun hadapan
Peruntukan itu termasuk lebih RM10 juta untuk penganjuran program untuk memberi nafas baharu kepada sektor itu yang sangat terkesan ekoran pandemik COVID-19.