awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2022 Sarawak bantu komuniti perniagaan - Annuar Rapaee

Bernama
Bernama
12/10/2021
20:59 MYT
Belanjawan 2022 Sarawak bantu komuniti perniagaan - Annuar Rapaee
ANNUAR: Ini masa yang betul untuk melaksanakan bajet defisit bagi memudahkan rakyat mendapat lebih banyak pendapatan, sebab itu kerajaan berbelanja lebih. - Foto Facebook Annuar Rapaee
SIBU: Langkah kerajaan Sarawak mengemukakan Belanjawan Negeri 2022 dijangka mengalami defisit RM610 juta akan memberi ruang kepada komuniti perniagaan untuk kembali pulih ketika negeri itu masih menghadapi pandemik COVID-19.
Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata sekiranya kerajaan Sarawak mengambil sikap berjimat cermat dalam perbelanjaannya pada tahun hadapan, tidak banyak projek akan dijalankan dan ini tidak akan mendatangkan manfaat kepada peniaga, kontraktor ataupun rakyat.
"Jadi bajet defisit pada kali ini adalah bertepatan, masa yang betul untuk dilaksanakan untuk memudahkan rakyat mendapat lebih banyak pendapatan. Sebab itu kerajaan berbelanja lebih," katanya semasa mengulas belanjawan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, semalam.
BACA: Bajet Sarawak 2022: Penjawat awam negeri terima bantuan satu setengah bulan gaji - Abang Jo
Abang Johari mengumumkan belanjawan berjumlah RM10.136 bilion bagi 2022 berikutan kerajaan negeri akan memberi tumpuan membantu rakyat dalam situasi kesan daripada pandemik COVID-19.
Unjuran pendapatan Sarawak daripada hasil bukan cukai kira-kira RM4 bilion menunjukkan negeri ini mempunyai kelestarian daripada segi ekonominya dan tidak bergantung secara langsung kepada pendapatan daripada hasil cukai, kata Annuar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Rapaee
#Bajet Sarawak 2022
#defisit
#komuniti perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan