awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK

Belanjawan 2023: GST tidak akan dilaksanakan - Ahmad Maslan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/02/2023
06:23 MYT
Belanjawan 2023: GST tidak akan dilaksanakan - Ahmad Maslan
GST pada kadar enam peratus telah diperkenalkan pada 2015, sebelum ia dimansuhkan pada 2018. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal untuk tidak memperkenalkan semula pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada Belanjawan 2023.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan mengakui, pelaksanaan sistem cukai itu mampu mengurangkan kegiatan ekonomi gelap sehingga 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Selain itu, Malaysia merekodkan hasil mencecah RM60 bilion daripada pelaksanaan GST.
"Untuk kali ini tidak akan dilaksanakan (GST) tetapi kita tidak tahu pada masa akan datang, itu kemudian kita bincang.
"Satu lagi, (pelaksanaan GST) bukan hanya menambah hasil kepada negara tetapi juga mengurangkan ekonomi gelap, ekonomi bayangan atau bawah tanah yang menyebabkan orang lari daripada cukai.
"GST boleh mengurangkang kadar cukai itu pada 30 peratus daripada KDNK," katanya ketika sesi jawapan menteri bagi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) yang meminta pandangan sama ada Kementerian Kewangan boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan semula GST dengan kadar yang lebih rendah antara dua hingga empat peratus bagi meningkatkan pendapatan negara.
Jelas Ahmad (BN-Pontian), setakat ini dianggarkan 170 daripada 194 buah negara di dunia telah melaksanakan GST.
GST pada kadar enam peratus telah diperkenalkan pada 2015, sebelum ia dimansuhkan pada 2018.
Topic Berkaitan
#pelaksanaan GST
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.