Beliau berkata ia antaranya untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan seperti penjagaan OKU kronik terlantar, OKU tidak upaya bekerja dan elaun pekerja OKU.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti akan turut ditingkatkan kepada RM300 sebulan berbanding RM150.
Langkah itu katanya akan memberi manfaat kepada lebih 18,000 pelatih OKU dengan tambahan peruntukan RM30 juta.
"Bagi memberikan manfaat kepada usahawan OKU mikro, kemudahan pembiayaan khas oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) disediakan sebanyak RM50 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.
ANWAR-BELANJAWAN (OKU) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Selain itu, Anwar berkata sejumlah RM1 bilion diperuntukkan untuk melindungi kesejahteraan warga emas antaranya untuk membiayai bantuan tunai dan penyaluran dana kepada institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.
Beliau berkata kerajaan mencadangkan supaya Elaun Bangunan Industri diberikan kepada Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta Warga Emas yang diluluskan Kementerian Kesihatan dengan kadar 10 peratus daripada kos bangunan yang dibina atau dibeli, termasuk kos pengubahsuaian bagi setiap tahun taksiran.
"Elaun ini diberi bagi perbelanjaan yang layak dilakukan mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026," katanya.
-- BERNAMA