NIKE telah dipersalahkan atas kenaikan harga jersi baharu Liverpool berikutan pelancarannya semalam.

Kos jersi standard dewasa telah meningkat kepada 80 pound (RM476) untuk 2024/25, manakala jersi yang sama dalam saiz kanak-kanak kini berharga RM357 -- meningkat lebih daripada RM30 berbanding musim lepas.

Sementara itu, jersi perlawanan yang dipakai oleh pemain kini bernilai RM744 (mengalami kenaikan sebanyak RM600 berbanding versi tahun lalu), dengan kit bayi dijual pada harga RM309.

Menerusi sumber yang diperoleh This Is Anfield, lonjakan harga tersebut adalah kerana terhadap harga runcit cadangan pengeluar Nike yang tidak boleh dirunding, yang telah meningkat sebanyak 8.5 peratus untuk semua kelabnya.

Kelab itu telah mengambil langkah untuk menyerap kenaikan tersebut dengan menjual baju musim depan pada harga yang, secara purata, 5.5 peratus lebih rendah berbanding harga yang dikeluarkan pengeluar Amerika.

Chelsea dan Tottenham, yang juga mempunyai perjanjian dengan Nike, dijangka berdepan kenaikan harga jersi.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro