TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa mendapatkan bantuan bomba bagi mengeluarkan tulang kambing yang terlekat pada jari telunjuk tangan kanannya pada Rabu lalu.
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia lapan tahun sedang menikmati juadah kambing perap daripada sebuah jenama terkenal tempatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, mangsa tiba bersama bapanya sekitar jam 8.45 malam meminta bantuan memotong tulang kambing yang terlekat pada jari.
"Pasukan terus membuat pemeriksaan awal dan mendapati jari mangsa sedikit bengkak serta kemerah-merahan.
"Alat pemotong khas telah digunakan untuk mengeluarkan tulang berkenaan. Operasi dijalankan dengan penuh berhati-hati sambil menenangkan mangsa yang mula menangis," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Menurut Mohd Ismail, operasi diketuai Abdul Hazhar Ismail itu selesai kira-kira 20 minit kemudian dan jari kanak-kanak tidak mengalami kecederaan.
"Kebiasaannya pasukan menerima khidmat khas potong cincin yang tersekat tetapi ini pertama kali kami menerima kes melibatkan tulang kambing," katanya.
Terdahulu tular video di media sosial memaparkan usaha pasukan bomba memotong tulang kambing yang terlekat pada jari kanak-kanak tersebut.
Video dimuat naik BBP Teluk Intan di aplikasi TikTok itu meraih 2.5 juta tontonan selain menerima 14,900 perkongsian dan 108,400 tanda suka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 03 2024
Tangkap layar video pasukan bomba menjalankan pemeriksaan sebelum memotong cincin tulang kambing, Rabu lalu. - Foto Sinar Harian
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Tulang kambing terlekat pada jari kanak-kanak
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia lapan tahun sedang menikmati juadah kambing perap.