awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026 imbangi ekonomi dan kebajikan rakyat - PM

Astro Awani
Astro Awani
27/09/2025
11:00 MYT
Belanjawan 2026 imbangi ekonomi dan kebajikan rakyat - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Belanjawan 2026 dirangka dengan pendekatan keseimbangan antara pengukuhan ekonomi negara dan kebajikan rakyat. - BERNAMA
KOTA LAKSAMANA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Belanjawan 2026 dirangka dengan pendekatan keseimbangan antara pengukuhan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun teori ekonomi menekankan pengukuhan hasil negara, Kerajaan perlu mengambil kira realiti kehidupan rakyat, termasuk isu kos sara hidup dan perumahan.
"Tetapi dalam pertimbangan satu negara, ada beberapa hal lain yang kita harus fikirkan. Tentang kebajikan rakyat, keupayaan mereka menangani permasalahan kos hara hidup, soal perumahan dia. Itu sebabnya mengapa dalam kebijaksanaan pimpinan menetapkan kebijakan ekonomi, harus mengimbangi antara apa yang disebutkan pure economic prescriptions dengan menyatuni kehendak rakyat," katanya.
Beliau menegaskan kebijaksanaan kepimpinan adalah memastikan keseimbangan antara dasar ekonomi yang ideal dengan keperluan rakyat.
Mengulas mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95, Anwar menjelaskan kerajaan memilih pendekatan yang lebih lunak selepas meneliti cadangan awal yang disifatkan terlalu membebankan rakyat.
Menurut Anwar, selepas dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri, Kerajaan memutuskan harga RON95 untuk warganegara Malaysia ditetapkan pada RM1.99 seliter, manakala bukan warganegara membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter manakala kenderaan berdaftar luar negara pula kekal menggunakan RON97.
Belanjawan 2026 akan memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi, pengurusan fiskal berhemah, serta pelaksanaan dasar yang mengimbangi antara pertumbuhan dan kesejahteraan rakyat.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#Perdana Menteri
#RON95
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan