awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: KDN akan perkukuh aset keselamatan, naik taraf kemudahan

Bernama
Bernama
10/10/2025
22:50 MYT
Belanjawan 2026: KDN akan perkukuh aset keselamatan, naik taraf kemudahan
Saifuddin Nasution menegaskan KDN komited untuk terus menggalas amanah dengan penuh dedikasi demi memastikan Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peningkatan peruntukan kepada RM21.2 bilion bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan dimanfaatkan untuk memperkukuh aset keselamatan serta menaik taraf kemudahan pasukan beruniform di bawah kementerian itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata peruntukan tersebut, yang meningkat berbanding RM19.5 bilion pada tahun ini juga akan digunakan bagi mempertingkatkan kawalan sempadan serta memperkukuh keupayaan negara dalam menangani ancaman siber dan jenayah digital.
"Kebajikan anggota beruniform turut diberi perhatian dalam Belanjawan 2026 ini," katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Saifuddin Nasution menegaskan KDN komited untuk terus menggalas amanah dengan penuh dedikasi demi memastikan Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam kenyataan berkata peruntukan berkenaan bakal memberikan impak positif terhadap kebajikan, prasarana dan kecekapan perkhidmatan polis dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan serta ketenteraman awam.
Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan memastikan setiap sen yang diperuntukkan dimanfaatkan secara optimum demi memperkukuh sistem keselamatan negara serta menjamin kesejahteraan rakyat.
"Sebagai institusi penguatkuasaan utama negara, PDRM menegaskan komitmen untuk melaksanakan setiap inisiatif yang diterima dengan penuh amanah, integriti dan disiplin kewangan yang tinggi," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan KDN menerima RM21.2 bilion dengan keutamaan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara melalui beberapa inisiatif utama.
Ini termasuk peruntukan RM1 bilion bagi perolehan baharu 100 kenderaan pacuan empat roda (pickup 4x4) untuk risikan dan operasi PDRM, empat bot peronda laju untuk Pasukan Polis Marin (PPM) dan sebuah pesawat rondaan maritim untuk Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
Selain itu, peruntukan melebihi RM1.5 bilion disediakan bagi membina dan menaik taraf fasiliti baharu badan beruniform antaranya Kompleks APMM Negeri di Tok Bali, Kelantan; Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Balai Polis Lawin, Gerik di Perak; Pembaharuan Kompleks Bersepadu APMM dan PPM Labuan serta Kompleks Zon Maritim Kudat, Sabah.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#Belanjawan 2026
#aset keselamatan
#Mohd Khalid Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan