awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026 perkukuh pendekatan prokesihatan - Dzulkefly

Bernama
Bernama
17/10/2025
21:30 MYT
Belanjawan 2026 perkukuh pendekatan prokesihatan - Dzulkefly
Dr Dzulkefly menjelaskan konsep belanjawan prokesihatan bermaksud tumpuan kini diberikan kepada pencegahan dan pemeliharaan kesihatan masyarakat melalui pengukuhan klinik kesihatan serta perkhidmatan penjagaan primer. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 yang memperuntukkan RM46.52 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM) menzahirkan komitmen kerajaan terhadap pendekatan "prokesihatan" dengan penekanan lebih besar kepada penjagaan primer dan kesihatan awam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata jumlah itu meningkat sebanyak RM1.25 bilion atau 2.7 peratus berbanding RM45.27 bilion pada tahun ini, sekali gus menunjukkan sokongan berterusan kerajaan terdapat sektor berkenaan.
"Kalau angka-angkanya juga begitu, kedua-dua perbelanjaan iaitu mengurus dan pembangunan meningkat walaupun perbelanjaan mengurus itu lebih tinggi...meningkat RM1.25 bilion," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Dr Dzulkefly menjelaskan konsep belanjawan prokesihatan bermaksud tumpuan tidak lagi hanya diberikan kepada rawatan pesakit atau curative care, sebaliknya kepada pencegahan dan pemeliharaan kesihatan masyarakat melalui pengukuhan klinik kesihatan serta perkhidmatan penjagaan primer.
"Kalau sesebuah belanjawan itu terlalu tertumpu pada curative atau acute care di hospital, itu sebenarnya penumpuan kepada sick care (penjagaan setelah sakit). Tetapi kali ini, kita lihat ada keseimbangan dan penekanan kepada pelaburan dalam penjagaan primer, iaitu pencegahan dan kesihatan awam," katanya.
Beliau berkata KKM kini memberi tumpuan kepada meningkatkan kapasiti lebih 1,000 klinik kesihatan di seluruh negara, termasuk menaik taraf klinik jenis 1 yang menerima jumlah pesakit tertinggi.
"Kita mahu bangunkan klinik kesihatan yang punya keupayaan, bukan sekadar bangunan tetapi juga model penjagaan yang melibatkan pakar. Dengan itu, kita dapat mengurangkan kesesakan di hospital besar," katanya.
Dr Dzulkefly berkata pendekatan itu juga selaras dengan matlamat Liputan Kesihatan Sejagat (UHC) yang menjadi ukuran keadilan dalam sistem kesihatan awam negara.
"Sistem kesihatan diukur bukan dengan bagaimana kita melayani yang paling mampu tetapi bagaimana kita melindungi yang paling lemah dalam kalangan kita (iaitu) golongan berpendapatan rendah, mereka di pedalaman...semuanya mesti dilindungi," katanya.
Beliau menegaskan pendekatan prokesihatan dalam Belanjawan 2026 mencerminkan perubahan paradigma sistem kesihatan negara daripada rawatan kepada pencegahan dan kesejahteraan menyeluruh.
"Kalau kita berjaya dalam health care, kita tidak akan terperangkap dalam sick care. Belanjawan ini adalah langkah penting ke arah itu," katanya.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#Dr Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan