Skip to main content

Malaysia

Mayat lelaki dengan kesan tetakan ditemui, adik perempuan parah

71770254780_mayatgeneric.jpg
Mangsa, berusia lingkungan 20‑an, ditemui berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar hiasan

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan tetakan pada kepala dan badan, manakala adik perempuannya cedera parah dengan tangan hampir putus dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Taman Kempas awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata insiden dipercayai berlaku antara 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Advertisement

Mangsa, berusia lingkungan 20an, ditemui berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai ditetak berulang kali menggunakan senjata tajam sebelum meninggal dunia.

“Beberapa senjata turut ditemui dan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memaklumkan motif kejadian masih disiasat, dan adik perempuan mangsa kini dirawat di Wad Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Menurut Hanyan, polis menahan tiga suspek, dua lelaki dan seorang wanita, bagi membantu siasatan.

Hubungan antara suspek dan mangsa sedang diteliti, dan sekurangkurangnya seorang suspek lelaki dilaporkan tinggal di kawasan perumahan sama dengan mangsa.

Beliau menegaskan kejadian bukan berpunca daripada mabuk.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh) dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mencederakan dengan senjata atau benda berbahaya).

Ketigatiga suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSAH untuk tindakan lanjut. Siasatan masih berjalan.

 

 

 

Must Watch Video