Belanjawan 2026: RM170 juta diperuntuk atasi kesesakan hospital awam

Kata Anwar, langkah ini diiringi pelaksanaan projek pembinaan dan naik taraf kemudahan kesihatan di seluruh negara. - Gambar/ Japen
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM170 juta bagi mengatasi isu kesesakan di hospital awam dan memperkukuh sistem perkhidmatan kesihatan negara.
Ringkasan AI
- Kerajaan memperuntukkan RM170 juta untuk mengurangkan kesesakan hospital awam, termasuk RM140 juta bagi penyumberan luar pesakit ke hospital tentera, universiti dan swasta, serta RM30 juta untuk memperkasa klinik kesihatan dengan perkhidmatan pakar.
- Projek pembinaan dan naik taraf melibatkan pelbagai kemudahan kesihatan seperti Pusat Kanser Wilayah Utara di Kedah, blok tambahan di beberapa hospital, Pusat Jantung Sabah dan 13 Klinik Kesihatan baharu di lokasi terpilih.
- Kerajaan turut menyegerakan pembinaan Pusat Kanser di Kuching dan Hospital Sultanah Aminah 2 di Johor bagi menambah kapasiti rawatan dan mengurangkan kesesakan di hospital utama.
• Pusat Kanser Wilayah Utara di Kedah;
• Blok tambahan baharu di Hospital Pontian, Hospital Banting dan Hospital Sungai Buloh;
• Advanced Surgical Block di Hospital Pakar USM, Kubang Kerian;
• Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II;
• serta 13 Klinik Kesihatan baharu di Machang, Teluk Kemang, Mukah dan Nabawan.
Selain itu, kerajaan akan menyegerakan pembinaan Pusat Kanser di Kuching dan Hospital Sultanah Aminah 2 di Johor, bagi menambah kapasiti rawatan dan mengurangkan kesesakan di hospital utama.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami