Skip to main content

Malaysia

Belanjawan 2027: RM460 juta perkukuh ekosistem pembangunan sukan negara

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan peruntukan itu turut meliputi program Road to Gold (RTG) serta pembangunan sukan Orang Pekak bagi memastikan pembangunan sukan dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kerajaan memperuntukkan RM460 juta dalam Belanjawan 2027 untuk pembangunan sukan negara, termasuk atlet berprestasi tinggi, para, Orang Pekak dan penyelenggaraan fasiliti.
  • RM240 juta disediakan bagi persiapan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027, manakala RM30 juta untuk Geran Padanan Sukan.
  • Program Budi Belia dan peruntukan RM8 bilion untuk TVET dijangka memperkasa kemahiran, kebolehpasaran serta penglibatan aktif belia dalam pembangunan masyarakat.

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM460 juta bagi pembangunan sukan negara yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027 semalam dijangka memperkukuh ekosistem pembangunan atlet, merangkumi sukan berprestasi tinggi, atlet para dan penyelenggaraan fasiliti sukan.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan peruntukan itu turut meliputi program Road to Gold (RTG) serta pembangunan sukan Orang Pekak bagi memastikan pembangunan sukan dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

"KBS menghargai peruntukan RM460 juta bagi pembangunan sukan negara, merangkumi pembangunan sukan berprestasi tinggi, program Road to Gold, pembangunan atlet para, Sukan Orang Pekak dan penyelenggaraan fasiliti sukan.

"Peruntukan ini penting bagi memperkukuh ekosistem pembangunan atlet secara menyeluruh dan berterusan," menurut kenyataan itu. 

Dalam pada itu KBS memaklumkan peruntukan RM240 juta bagi persiapan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 akan menyokong kesiapsiagaan Malaysia sebagai tuan rumah kedua-dua temasya berkenaan.

Menurut KBS, peruntukan RM30 juta bagi Geran Padanan Sukan turut membuka peluang kepada badan sukan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mempergiat penganjuran acara sukan berprestasi tinggi.

"Dalam agenda pembangunan belia, pengenalan Program Budi Belia melalui pemberian insentif e-dompet RM100 kepada anak muda yang melengkapkan aktiviti kesukarelawanan adalah langkah menggalakkan penglibatan aktif belia dalam pembangunan masyarakat," menurut kenyataan itu. 

Peruntukan RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merentas kementerian pula dijangka menyokong usaha memperkasa kemahiran, kebolehpasaran dan prospek kerjaya golongan muda, selaras dengan pembangunan modal insan menerusi Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

KBS memaklumkan kementerian akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan inisiatif yang diumumkan dapat diterjemahkan kepada manfaat kepada golongan belia, atlet dan masyarakat secara keseluruhannya.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah peruntukan yang diumumkan untuk pembangunan sukan negara dalam Belanjawan 2027? 
    A: Jumlah peruntukan yang diumumkan ialah RM460 juta untuk pembangunan sukan negara.
  • Q: Apakah aspek yang merangkumi peruntukan RM460 juta bagi pembangunan sukan negara? 
    A: Peruntukan tersebut merangkumi pembangunan sukan berprestasi tinggi, program Road to Gold (RTG), pembangunan atlet para, Sukan Orang Pekak, dan penyelenggaraan fasiliti sukan.
  • Q: Berapakah peruntukan yang disediakan untuk persiapan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027? 
    A: Peruntukan sebanyak RM240 juta disediakan untuk persiapan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027.
  • Q: Apakah tujuan Geran Padanan Sukan bernilai RM30 juta yang diumumkan? 
    A: Geran Padanan Sukan bernilai RM30 juta bertujuan membuka peluang kepada badan sukan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mempergiat penganjuran acara sukan berprestasi tinggi.
  • Q: Bagaimanakah Program Budi Belia dan peruntukan TVET menyokong pembangunan belia? 
    A: Program Budi Belia memberikan insentif e-dompet RM100 kepada anak muda yang melengkapkan aktiviti kesukarelawanan, manakala peruntukan RM8 bilion bagi TVET menyokong usaha memperkasa kemahiran, kebolehpasaran dan prospek kerjaya golongan muda melalui ILKBS.

Product Recommendation Section Title

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

Must Watch Video

Advertisement