Platform e-dagang baharu diperkenal bagi memudahkan urusan jual beli barangan keperluan bagi menyambut Ramadan terutama ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
MY E.G Services Berhad (MYEG) memperkenalkan platform 'Nak Makan' yang berkonsepkan bazar Ramadan secara dalam talian bagi membantu vendor makanan serta usahawan memasarkan makanan dan produk masing-masing.
Syarikat itu dalam kenyataan menyebut bagi fasa pertama 'Nak Makan,' penjualan makanan secara dalam talian membabitkan kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
"Vendor dapat beroperasi dari premis mereka sendiri dan rakan penghantaran Nak Makan iaitu MrSpeedy akan membuat pengumpulan serta penghantaran makanan kepada pelanggan," menurut kenyataan itu yang menambah vendor boleh menyertai platform berkenaan dengan mendaftar maklumat perniagaan di www.nakmakan.com.my atau menghubungi 03-7664 8100 atau 017-228 5948/5954/5958/5983.
Menurut syarikat itu, kemudahan e-sahur dan e-raya sedang dirangka bagi fasa kedua dan ketiga platform tersebut.
Dalam pada itu, Kraftangan Malaysia memperkenalkan E-Kraf Bazar menggunakan platform media sosial Facebook bagi membantu usahawan kraf yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan menyebut bahawa inisiatif itu memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan ketika PKP selain persiapan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri, Tadau Kaamatan dan Gawai Dayak.
Kenyataan itu menyebut, lebih 700 usahawan dengan bilangan pengikut 2.3 juta dijangka menyertai E-Kraf Bazar yang memasarkan produk seperti tekstil, hasil hutan, seramik, logam dan aneka kraf.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 14 2020

Platform 'Nak Makan' dibina bagi membantu vendor makanan serta usahawan memasarkan makanan dan produk.

AWANI Ringkas: 3 'Tan Sri', 'Datuk' disyaki dalang kartel dadah | Kes COVID-19 di Malaysia cecah 300,000

Darurat COVID-19 diperlukan - Muhyiddin
Muhyiddin berkata beliau tetap berpegang pada janji bahawa darurat akan ditamatkan lebih awal daripada tarikh 1 Ogos jika pandemik COVID-19 berjaya dibendung.

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir...antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut. Ikuti antara isu menjadi tumpuan netizen sepanjang Februari 2021. #AWANInews #MyVaksinCOVID19 #HapusCOVID19

Kudeta Myanmar | Ketegangan meningkat, empat dilapor maut dalam protes
Setelah sebulan Myanmar berada bawah pimpinan Junta tentera, kawalan pihak berkuasa ditingkatkan kepada tahap tertinggi hari ini. Sekurang-kurangnya empat dilaporkan maut dalam tunjuk perasaan yang tercetus di beberapa bandar.

Cetak Rompak | Penguatkuasa perlu lebih agresif - Seniman
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa semua agensi penguatkuasa menggembleng usaha menangani isu cetak rompak dengan lebih agresif. Presidennya, Rozaidi Jamil berkata penguatkuasaan isu cetak rompak ketika ini perlu fokus kepada penjualan kandungan secara digital yang semakin serius.
![[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,437 kes harian baharu dilaporkan [INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,437 kes harian baharu dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892911/8967789641614516416020_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,437 kes harian baharu dilaporkan
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 300,752 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 26,205 kes. Dalam pada itu, bilangan kes sembuh hari ini ialah 3,251 kes menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 273,417 kes. Sehingga kini, 202 kes positif sedang dirawat di ICU, 93 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 9 kes kematian hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian 1,130 kes.

Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa
Dalam keadaan dunia bergelut dengan COVID-19 yang mengehadkan pergerakan manusia, hubungan antarabangsa Malaysia dengan rakan asing tetap mantap.

COVID-19 | Risiko tinggi jika dijangkiti COVID-19
Dianggarkan lebih sejuta penduduk Malaysia menghidap penyakit jarang jumpa. Penasihat Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia (MRDS), Dr Thong Meow Keong mendedahkan lebih membimbangkan apabila pesakit berkenaan berdepan risiko lebih tinggi, sekiranya dijangkiti COVID-19. Ini kerana, kebanyakan penyakit ini sukar untuk dikenalpasti memandangkan ia tidak mempunyai ciri khas seperti penyakit kronik lain.

Prihatin Rakyat | BPN ringankan kesukaran hidup
Walaupun berdepan detik sukar ketika penularan pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi, namun kerajaan masih meneruskan keprihatinan bagi kebajikan rakyat. Prihatin dengan nasib yang ditimpa, pelbagai inisiatif termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) disediakan bertujuan meringankan beban rakyat. Pada 27 Mac lalu kerajaan melancarkan BPN, sebanyak RM9.24 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.

Kartel Dadah | Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk dipantau
Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain ketika mendedahkan, kesemua individu terbabit menggunakan taktik licik dengan berselindung di sebalik perniagaan seperti perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan besi, bertujuan mengelak kegiatan mereka dikesan.

Elak perjumpaan besar-besaran pada Tahun Baru Cina - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mengadakan perjumpaan besar-besaran semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Tarikh penting dalam kalendar Islam tahun 2021
Tarikh penting dalam kalendar Islam untuk tahun 2021 Masihi bersamaan 1442 Hijrah di Malaysia.

Pameran fotografi di sebalik 'kesuraman' PKP
Pameran fotografi bertemakan 'Of Inertia and Solidarity' yang sedang berlangsung di Avenue K memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri keadaan Malaysia di sebalik 'kesuraman' PKP.

Jualan lemang Aidiladha terjejas teruk tahun ini
Lazimnya, bila tiba Hari Raya, peniaga lemang pastinya tidak menang tangan melayan tempahan pelanggan, sampai tak tidur pun ada dibuatnya dek kerana memenuhi permintaan pelanggan.

Parlimen: Penjarakan sosial jemaah solat Jumaat dikekalkan buat masa ini
Penjarakan sosial di antara jemaah dalam solat Jumaat akan dikekalkan buat masa ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Lebih banyak penumpang, penerbangan pada Julai - MAHB
Pergerakan penumpang dan pesawat di 39 lapangan terbang di Malaysia meningkat dua kali ganda.

Pembukaan sekolah: Julai bakal jadi bulan sibuk untuk pelajar, guru dan ibu bapa
Pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam itu dilaksanakan secara berperingkat setelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

ATM kenal pasti 49 lorong tikus baharu di Sarawak - Affendi Buang
Sejumlah 49 lorong tikus baharu yang menjadi laluan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenal pasti di Sarawak.

Selepas hampir tiga bulan, banyak masjid dan surau kini dibuka
Mengikut SOP yang disediakan, jemaah juga perlu memakai pelitup muka, selain mengambil wuduk serta tidak bersalaman atau bersentuhan sepanjang berada di masjid, surau Jumaat dan surau.

Aidilfitri tak dapat balik kampung, ramai nak balik masa Aidiladha pula - Persatuan Hotel Bajet Malaysia
Hotel bajet di seluruh Malaysia sudah mula menerima tempahan bermula dari masa terdekat sehingga penghujung tahun.