awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Manchester is Red: United kembali menyala di Old Trafford
Bapa lemas selepas selamatkan anak di Sungai Lebir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beli Mercedes Benz bukan guna duit peruntukan khas - Pejabat MB Kelantan

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
16/01/2020
01:51 MYT
Beli Mercedes Benz bukan guna duit peruntukan khas - Pejabat MB Kelantan
Kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (gambar) itu turut menyifatkan dakwaan yang dibuat itu sebagai fitnah dah berniat jahat. -Gambar fail
Pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan dakwaan pembelian kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan peruntukan khas RM400 juta.
Kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob itu turut menyifatkan dakwaan yang dibuat itu sebagai fitnah dah berniat jahat.
Menurut kenyataan terbabit, keputusan Kerajaan Negeri bagi menggantikan kenderaan rasmi sudah dibuat menerusi kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 12 September 2018.
“Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan rasmi bagi kegunaan Menteri Besar dan Exco Negeri secara berperingkat selepas membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang sudah digunakan sejak 10 hingga 12 tahun lalu.
“Kenderaan rasmi yang digunakan Menteri Besar (Ahmad Yakob) dengan nombor pendaftaran DV 1 adalah kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Menteri Besar Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga kurniaan Sultan Kelantan,” katanya.
Menurut kenyataan itu juga, Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan yang digunakan sejak lebih 10 tahun itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal iaitu DV 1 pada kenderaan rasmi baharu Menteri Besar Kelantan yang mendapat perkenan Sultan Kelantan.
Terdahulu gambar kereta mewah jenama Mercedes Benz dipercayai kenderaan rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, tular di laman sosial dan turut mendapat perhatian beberapa pemimpin politik tempatan.
Kenderaan model terbaharu itu dipercayai bernilai hampir RM700,000 ditempah sejak tahun lalu dan mula digunakan tahun ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#DV1
#kenderaan rasmi
#Mercedes Benz
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Nik Abdul Aziz Nik Mat
#Sultan Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan