KUALA LUMPUR:Proklamasi Darurat yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi langkah terbaik dalam menangani pandemik COVID-19 yang semakin kritikal sehingga memberikan kesan terhadap ekonomi negara dan rakyat.
Cabaran COVID-19 menjadi situasi yang luar biasa sehinggakan kerajaan memerlukan langkah luar biasa dengan mengambil langkah pelaksanaan darurat bagi memastikan rantaian wabak itu dapat diputuskan sepenuhnya.
Darurat juga tidak seharusnya memberi ketakutan kepada masyarakat dan membawa kecelaruan politik sebaliknya pengisytiharan ini dapat mengekalkan kestabilan politik supaya tidak menggugat kemampuan negara dalam menangani COVID-19.
Berkongsi pandangan, Pengurus Unit Seni Reka dan Acara Komersial, Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Adzrool Idzwan Ismail, berkata, pengisytiharan darurat adalah tepat pada waktunya dan golongan belia seharusnya kekal tenang dan terus mematuhi operasi standard (SOP).
Katanya, pengisytiharan itu juga dapat melahirkan generasi belia yang berfikiran kreatif lebih-lebih lagi dalam konteks kelangsungan hidup, selanjutnya ia dapat membuka lembaran baharu kepada golongan remaja di negeri terkesan akibat darurat.
“Darurat hanya satu mekanisme pentadbiran lebih jelas bagi membolehkan kerajaan mengetengahkan pendekatan serta strategi baharu dalam mengendalikan COVID-19.
“Pengisytiharaan ini juga membolehkan tindakan kerajaan dilaksanakan menggunakan saluran perundangan lebih kukuh, cekap, dengan proses kawalan penyakit berjalan dengan lancar,” katanya ketika dihubungi, pada Khamis.
Katanya, walaupun begitu, belia seharusnya diberikan kebebasan dalam menyuarakan pandangan dan kritikan membina selagi tidak menjejaskan usaha menangani COVID-19.
“Dalam mendepani tempoh darurat kebajikan belia turut perlu diberikan penekanan khusus bagi memastikan kebajikan golongan itu terjamin.
“Pada pandangan saya, belia dan remaja mahukan kestabilan dari segi politik negara bagi membolehkan mereka jalani aktiviti kelangsungan hidup seperti sediakala lebih lagi sepanjang tempoh cukup mencabar ini.
“Jadi, kerajaan perlu memastikan gerak kerja dilaksanakan dengan lebih pantas dan efisien seiring dengan keperluan serta kehendak semasa selain perbanyakkan bantuan bagi memudah cara kelangsungan hidup belia dan remaja,” katanya.
Gembleng tenaga
Turut menyokong pengisytiharaan darurat itu, Presiden Gagasan Pelajar Melayu Semenanjung (GPS), Mohd Alif Anas Md Noor berkata, ia langkah terbaik dalam membendung COVID-19 yang semakin kritikal.
“GPMS berharap agar semua pihak menyambut baik pengisytiharaan ini dan menyeru semua pihak dapat bersama-sama menggembleng tenaga bagi memastikan kejayaan negara dalam memerangi pandemik dengan mematuhi segala arahan kerajaan ditetapkan.
“Namun, dalam usaha memerangi wabak ini, GPMS berharap perhatian khusus boleh diberikan menerusi peluang pekerjaan yang lebih meluas kepada graduan institusi pengajian tinggi dan teknikal agar belia tidak terbeban dengan masalah pengangguran.
“Perhatian turut diberikan kepada nasib pelajar dan pendidik golongan berpendapatan rendah (B40) dan yang tinggal di luar bandar dalam menjalani pembelajaran secara maya,” katanya.
Inisiatif terbaik
Selain itu, Presiden Majlis Perunding Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, pihaknya turut mengambil berat dan maklum dengan pengisytiharaan proklamasi darurat diumumkan kerajaan.
“MPPK percaya langkah ini adalah inisiatif terbaik untuk membendung penularan COVID-19 memandangkan peningkatan kes mencecah lebih 2,000 kes.
“Situasi menjadi lebih kritikal dengan kejadian banjir di sekitar kawasan pantai timur dan selatan mengakibatkan kerajaan perlu melakukan tindakan yang bersesuaian,” katanya.
Turut menyuarakan sokongan, Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha berkata, pengumuman darurat membolehkan keadaan politik negara menjadi stabil seketika agar kerajaan fokus menangani wabak COVID-19 dan pemulihan ekonomi.
“Pengumuman darurat ini dilakukan secara berhemah dengan mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan rakyat dalam dan diharapkan sebagai langkah terbaik terhadap usaha memberi fokus memerangani COVID-19 sepenuhnya.
“Langkah ini juga dapat memastikan proses pentadbiran negara dapat terus beroperasi dengan saksama,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Muhyiddin sebelum ini membuat pengumuman Khas Darurat sehingga atau sebelum 1 Ogos 2021.
Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di- Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’yatuddin Al- Mustafa Billah Shah, memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembangaan Persekutuan dilaksanakan sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19.
Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh lebih awal jika angka kes positif COVID-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Astro Awani
Thu Jan 14 2021
Kata Prof Madya Dr Adzrool, darurat juga tidak seharusnya memberi ketakutan kepada masyarakat. - Astro AWANI
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.
MCMC adakan libat urus dengan penyedia platform media sosial bulan ini
MCMC akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan SOP melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.
Kelulusan projek pembangunan baharu di KL ditangguhkan sementara - Dr Zaliha
Semua kelulusan projek pembangunan baharu di Kuala Lumpur ditangguhkan buat sementara waktu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
Lesen media sosial pastikan penyedia platform ketat SOP, kekang jenayah dalam talian
Lesen itu adalah bagi mempertanggungjawabkan semua penyedia platform media sosial agar mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan komuniti.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.