Belum ada keperluan untuk mengeluarkan arahan membawa pulang rakyat Malaysia di Khartoum, Sudan, kerana keadaan di negara itu masih terkawal pada masa ini, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau seterusnya berharap pergolakan di negara itu akan berakhir dan keadaan kembali tenang dalam masa terdekat.
Beliau berkata dianggarkan kira-kira 150 rakyat Malaysia termasuk 109 penuntut, berada di negara berkenaan dan mereka dinasihatkan untuk mengelak daripada mengunjungi kawasan berhampiran lokasi bergolak tersebut.
"Kita minta supaya ibu bapa tidak bimbang dan jangan panik dengan keadaan di sana kerana laporan mutakhir daripada wakil kita di sana menyatakan keadaan masih terkawal. Memang ada penuntut di sana yang sudah kembali ke Malaysia.
"Tetapi ia secara kebetulan sekarang musim universiti bercuti dan mereka yang pulang sudah membuat perancangan awal untuk pulang (ke Malaysia)...bukan disebabkan keadaan bergolak," katanya.
Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Dialisis kendalian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Cenderawasih di sini, pad Sabtu.
Mengulas mengenai pertikaian ruang udara dengan Singapura ekoran pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Seletar, Saifuddin sekali lagi menegaskan isu yang akan diberi keutamaan pada pertemuan dengan rakan sejawatnya, Vivian Balakrishnan di negara berkenaan pada Selasa depan.
Beliau berkata Malaysia akan mengemukakan cadangan supaya pesawat yang hendak mendarat di Lapangan Terbang Seletar melalui arah lain, dan bukannya menggunakan ruang udara Pasir Gudang, Johor bagi menyelesaikan keadaan itu.
"Selain isu pendaratan di Seletar, antara isu lain akan dibincangkan ialah perjanjian berkaitan pengurusan ruang udara yang dimeterai dengan Singapura pada 1974, garis pelabuhan Johor dan perjanjian air yang terletak di bawah kuasa Peguam Negara.
"Peguam Negara kedua-dua negara ada bertemu pada akhir tahun lalu dan pada pertemuan Selasa ini, saya berharap sekurang-kurangnya mendapat tempoh masa untuk perkara-perkara ini," katanya.
Saifuddin menambah isu berkaitan sempadan adalah 'urusan berpanjangan' yang biasa berlaku antara dua negara bersempadan dan berharap penyelesaian dalam situasi 'menang-menang' dapat dicapai oleh kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 05 2019
Sejak 19 Disember lalu, perusuh dan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di Khartoum sebagai reaksi bantahan isu kos sara hidup. - Gambar fail
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Khaled, Marles ulangi kebimbangan terhadap perkembangan di Laut China Selatan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menekankan kepentingan kebebasan pelayaran dan penerbangan mengikut undang-undang antarabangsa.
Menteri Pertahanan ASEAN seru tindakan kolektif dalam mesyuarat di Vientiane
Menteri-menteri daripada 10 negara anggota capai konsensus mengenai objektif yang akan membentuk Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Trump 2.0 dijangka mampu tingkatkan hubungan ekonomi dan keselamatan Malaysia-AS - Penganalisis
Pendekatan 'America First' Trump mungkin sebenarnya boleh buka peluang ekonomi lebih besar untuk Malaysia.
Situasi keselamatan di selatan Lubnan "sangat mencabar" - UNIFIL
Menurut UNIFIL, ia "sangat mencabar" walaupun langkah-langkah yang meluas telah diambil untuk melindungi keselamatan para anggotanya.
Malaysia sahkan komitmen terhadap nilai PBB, multiteralisme pada Hari PBB
Kementerian Luar Negeri menekankan komitmen berterusan Malaysia dalam memperjuangkan multilateralisme dan prinsip serta nilai Piagam PBB sejak diterima sebagai Negara Anggota PBB pada 17 Sept 1957.
Indonesia beri jaminan keselamatan pasukan kebangsaan Bahrain di Gelora Bung Karno
Menteri Belia dan Sukan Indonesia Dito Ariotedjo menegaskan bahawa pasukan Bahrain tidak sepatutnya menolak untuk bermain di Indonesia.
China gesa hati-hati dalam ketegangan Iran-Israel
Wang Yi turut menggesa Israel memastikan keselamatan kakitangan pasukan interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).
Manfaatkan kecanggihan teknologi banteras ekstremisme
Sistem data dan teknologi seperti kecerdasan buatan harus mula diaplikasi dalam membanteras ekstremisme.
Malaysia antara 34 negara serantau seru perlindungan pasukan pengaman UNIFIL
Kenyataan bersama itu menyeru agar tindakan sedemikian dihentikan serta-merta dan penyiasatan terperinci dijalankan.