awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khaled, Marles ulangi kebimbangan terhadap perkembangan di Laut China Selatan

Bernama
Bernama
10/12/2024
15:57 MYT
Khaled, Marles ulangi kebimbangan terhadap perkembangan di Laut China Selatan
Khaled menemui Marles sempena Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi bagi Program Pertahanan Malaysia-Australia ke-4 di Melbourne hari ini. - Facebook Khaled Nordin
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengulangi kebimbangan serius terhadap perkembangan di Laut China Selatan yang boleh mengancam keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini serta menekankan kepentingan kebebasan pelayaran dan penerbangan mengikut undang-undang antarabangsa.
Beliau menyatakan pendirian itu dalam kenyataan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia Richard Marles semasa pertemuan mereka sempena Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi bagi Program Pertahanan Malaysia-Australia ke-4 di Melbourne hari ini.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua menteri turut menggalakkan semua pihak supaya mengawal diri dalam menjalankan aktiviti dan mengelak daripada tindakan yang boleh meningkatkan risiko kemalangan, salah faham serta salah tafsir.
Mereka juga menekankan keperluan untuk semua negara menyelesaikan pertikaian berkaitan isu Laut China Selatan secara aman, mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Kedua-dua menteri menyatakan sokongan mereka terhadap keutamaan ASEAN dan seni bina serantau yang diterajui blok itu yang bersifat terbuka, telus, berasaskan peraturan dan inklusif serta sokongan berterusan terhadap pelaksanaan praktikal Pandangan ASEAN di Indo-Pasifik.
Mereka turut mengiktiraf nilai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus bersama Kumpulan Pakar Kerja sebagai cara untuk membina keyakinan dan pencegahan konflik serta meningkatkan kapasiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Laut China Selatan
#keselamatan
#keamanan
#Khaled Nordin
#Richard Marles
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan