Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bersetuju, malah membantah cadangan untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.
Ini kerana menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sekarang bukan masa yang sesuai untuk membenarkan penggunaannya disebabkan penyalahgunaan tumbuhan tersebut masih berleluasa.
"Masih ramai lagi anak-anak muda yang menyalahgunakan ganja ini, dan menjadikannya platform untuk berhijrah kepada dadah yang lebih keras.
"Ia juga menyalahi dari segi agama. Bukan sahaja agama Islam, malah mana-mana agama pun melarang umatnya untuk berada dalam keadaan tidak boleh mengawal diri atau khayal," katanya selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada 44 orang pegawai kanan polis yang dinaikkan pangkat di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman.
Jelas Khalid, meskipun benar terbukti tumbuhan ganja mampu menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit, ia perlu berada di bawah kawalan yang ketat dan bukannya untuk digunakan secara meluas oleh orang ramai.
"Morfin pun berguna untuk perubatan, tetapi ia diberikan di bawah kawalan ketat oleh pegawai perubatan.
"Kalau benar ganja ini ada kualiti untuk perubatan, ia mesti dibuat secara betul," ujarnya.
BACA: Hisap ganja untuk hilangkan tekanan kos sara hidup - Syed Rosli
BACA: Pengasih setuju pengharaman ganja dikaji semula
Isu ganja ini kembali berbangkit setelah ahli Parlimen Belia wakil Selangor, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli membahaskan usul memperbaiki undang-undang berkaitan dadah dengan mencadangkan supaya kerajaan memperhalusi dasar pengharaman ganja dengan melihat kegunaannya untuk tujuan positif.
Hujah Ridhwan, selain dapat menjadi ubat, ia juga dapat mengurangkan bilangan penagih dadah sintetik yang membawa lebih kemudaratan kepada kesihatan mental dan fizikal.
Israr Khalid
Wed Feb 24 2016
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bersetuju, malah membantah cadangan untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motorsikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kajian ganja untuk perubatan masih tidak dipertimbangkan - PM Anwar
Hasil kajian terutamanya daripada Kementerian Kesihatan akan dipertimbang sebelum sebarang ketetapan dilakukan.
Penggunaan ganja dalam perubatan perlu disertakan bukti - Dr Muhamad Akmal
Penggunaan ganja atau kanabis untuk tujuan perubatan perlu disertakan dengan fakta dan bukti kajian, bukan semata-mata menerusi komen bersifat populis.
Selangor dicadang tanam ganja untuk perubatan - ADUN Jeram
Kerajaan Selangor dicadang mempertimbangkan untuk melaksanakan penanaman ganja bagi tujuan perubatan di negeri itu.
Ahmad Zahid tidak setuju cadangan perhalusi dasar pengharaman ganja
Langkah beberapa negara Eropah yang membenarkan penggunaan ganja juga tidak berupaya atasi masalah penyalahgunaan atau penagihan.
Belum masa sesuai untuk benarkan penggunaan ganja - KPN
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk membenarkan penggunaannya disebabkan penyalahgunaan tumbuhan tersebut masih berleluasa.