awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum terima bekalan, pemberian vaksin di Sibu terpaksa ditangguh

Lynch Cowan
Lynch Cowan
20/04/2021
06:31 MYT
Belum terima bekalan, pemberian vaksin di Sibu terpaksa ditangguh
Tarikh baharu pemberian vaksin di Sibu akan diumumkan menerusi aplikasi MySejahtera bergantung kepada bekalan vaksin yang akan diterima nanti. - Foto BERNAMA
SIBU: Pemberian vaksin yang sepatutnya diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Tertutup Sibu hari ini, terpaksa ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu melalui Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr Teh Jo Hun penangguhan terpaksa dilakukan kerana PPV berkenaan masih belum menerima bekalan vaksin.
Katanya tarikh baharu akan diumumkan kemudian menerusi aplikasi MySejahtera.
“Kepada orang ramai yang telah mendaftar sebagai penerima vaksin sama ada melalui kaunter Klinik Kesihatan berdekatan atau melalui Pejabat Daerah/Ketua Komuniti atau aplikasi MySejahtera, tarikh janji temu akan ditetapkan melalui aplikasi MySejahtera untuk fasa 2 dan 3, " katanya.
Bagaimanapun tarikh janji temu tersebut akan ditentukan bergantung kepada bekalan vaksin yang akan diterima nanti.
Topic Berkaitan
#vaksin
#Sibu
#Dr Teh Jo Hun
#Stadium Tertutup Sibu
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian JPBB Sibu
#MySejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan