Pandangan beberapa orang mufti bahawa wanita hamil yang dijangkiti virus zika dibolehkan menggugurkan janin yang belum mencapai usia 120 hari, adalah pandangan bersifat individu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata perkara itu harus dibincangkan di peringkat jawatankuasa fatwa negeri-negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia terlebih dahulu sebelum difatwakan.
"Ada pandangan yang telah disuarakan dan selagi pandangan itu belum bersifat fatwa kita tunggulah sehingga muzakarah membincangkan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Mahkamah Syariah di sini hari ini.
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dilaporkan sebagai berkata bahawa tindakan menggugurkan janin boleh diambil jika janin yang kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya.
Pandangan itu turut dipersetujui Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad yang berpendapat pengguguran janin adalah harus jika risikonya disahkan oleh pakar perubatan dan dengan persetujuan ibu dan bapa.
Susulan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan pandangan mufti tersebut bagi mencapai kata sepakat berhubung hukum menggugurkan janin bagi ibu dijangkiti virus Zika.
Mengenai MoU itu, Asyraf Wajdi berkata kerjasama itu melibatkan skop latihan, kajian dan penyelidikan dalam bidang perundangan serta kemudahan bagi menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran bagi kakitangan JKSM.
"Ini merupakan kerjasama mustahak dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan meneruskan agenda memartabatkan sistem kehakiman syariah negara," katanya.
Bernama
Fri Sep 09 2016
ASYRAF: Ada pandangan yang telah disuarakan dan selagi pandangan itu belum bersifat fatwa kita tunggulah sehingga muzakarah membincangkan perkara ini. -Gambar fail
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
'Jangan ada lagi suara sumbang pertikai pengampunan Najib' - Asyraf Wajdi
UMNO dengan tegas tidak lagi mahu wujudnya suara sumbang mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan ke atas bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mara tidak ambil mudah soal tadbir urus, ketirisan
Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak mengambil mudah dakwaan berhubung ketirisan atau soal integriti dalam pentadbiran agensi itu menerusi surat layang yang tular, semalam.
PRU15: Asyraf Wajdi tewas di Gerik
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tewas di kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PAU2021: Stabilkan parti, elak lagakan pemimpin
Kepimpinan sayap UMNO hari ini sepakat memastikan kestabilan parti menjadi keutamaan di samping mengelak cubaan melaga-lagakan pemimpin parti.
Tak tentu MoU akan terus dihormati, perlu dituntaskan dengan PRU - Asyraf Wajdi
Reformasi institusi terlebih dahulu memerlukan kerajaan yang stabil yang mendapat mandat mutlak daripada rakyat.
Pemuda UMNO sampaikan 10 tuntutan rakyat kepada Tengku Zafrul
Ini merupakan pertemuan kedua selepas ikhtiar Pemuda UMNO membawa suara rakyat ini kepada Datuk Seri Ismail Sabri Jumaat lalu.
Belanjawan 2021: Wujudkan Skim Bantuan Kebajikan untuk belia - Pemuda UMNO Kelantan
Kerajaan digesa mewujudkan Skim Bantuan Kebajikan belia bekerja bawah 30-an dalam golongan B40 yang kebanyakannya baru memulakan kehidupan berkeluarga.
MCA, MIC usah buat pendirian waktu sedang marah - Pemuda UMNO
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyarankan parti MIC dan MCA tidak mengambil pendirian secara melulu dan dalam keadaan suasana tegang dan dalam keadaan sedang marah.
Pemuda UMNO disaran timbang semula gesaan presiden bercuti
Pemuda UMNO diharap mempertimbangkan semula gesaannya agar presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti buat seketika daripada menjalankan tugas sehingga kesnya di mahkamah selesai.
UMNO kekal relevan? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO
Usaha membawa UMNO kembali ke fitrah perjuangan perlu diterjemah dalam kepimpinan UMNO pasca pemilihan parti keramat Melayu itu penghujung bulan ini.