YAN: Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai di sini petang Rabu, umpama 'tsunami' kecil ekoran keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.
Begitulah yang diceritakan oleh seorang penduduk Salwa Md Isa, 34, apabila melihat keadaan air deras luar biasa di sungai berhampiran rumahnya, semasa kejadian kepala air dari puncak Gunung Jerai 'mengganas' sehingga mengakibatkan banjir besar di kawasan sekitarnya.
"Sepanjang saya membesar di kampung ini, ini kali pertama berlaku kejadian seperti ini.
"Kepala air ini dah biasa berlaku tetapi tidaklah sehingga hingga titi, jalan runtuh, kereta hanyut dan ada yang meninggal, saya rasa sangat takut," katanya kepada pemberita di Kampung Setol di sini, malam tadi.
Salwa berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 5 petang tadi dan air mulai surut lebih kurang 7.30 malam tadi, dan bencana itu juga telah menyebabkan bekalan air di rumahnya terputus.
Mohd Nasir Shuib, 41, pula berkata dia melalui pengalaman mengerikan apabila menemukan mayat seorang lelaki berumur lingkungan 60-an, pada 5.30 petang tadi.
"Saya lihat air sungai berdekatan rumah saya ini mengalir laju, bunyi kuat pelik lain macam, air datang begitu laju hanyut sekali kayu balak semua hingga rumah saya dan jiran ditenggelami air," katanya.
Mohd Nasir berkata, hujan lebat di puncak Gunung Jerai sejak beberapa hari lepas mungkin telah menyebabkan air terkumpul dan turun secara mengejut, hingga membawa bencana buruk.
"Kejadian ini terburuk berlaku, pekan Yan yang tak pernah tenggelam, hari ni tenggelam (dinaiki air)... sekarang ni kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dilakukan pihak berkaitan," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: 2 maut, 1 dikhuatiri hilang
Seorang lagi penduduk Jaafar Man, 62, berkata buat masa ini, beliau dan keluarga sedang berlindung di dalam bangunan yang lebih tinggi, kerana bimbang paras air kembali naik.
Jaafar yang merupakan pemilik Kem Kenari Nature Park di kawasan Titi Hayun berhampiran Gunung Jerai itu berkata, kawasan kem berkenaan telah ditenggelami air serta pasir sehingga paras pinggang.
"Buat masa ini, saya serta tujuh lagi ahli keluarga berada dalam keadaan selamat. Bekalan elektrik, makanan dan minuman semua masih ada dan mencukupi pada masa ini, hanya bekalan air terputus.
"Hujan lebat petang tadi telah menyebabkan banyak fasiliti di kem termasuk rumah inap, surau, kolam, ruang mesyuarat dan kantin ditenggelami air.
"Banyak juga cermin dan struktur bangunan pecah akibat dilanggar kayu balak yang dihanyutkan," katanya yang telah mengusahakan kem rekreasi berkenaan selama 21 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021
Fenomena kepala air mengakibatkan banjir kilat sekitar kaki gunung di Yan dan Merbok pada Rabu. -Foto media sosial
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Sistem amaran awal, ramalan dan hebahan kurangkan kerosakan bencana sehingga 30 peratus - Pakar
Sistem amaran awal, sistem ramalan bencana dan sistem hebahan yang baik boleh mengurangkan kerosakan akibat bencana sehingga 30 peratus.
Taufan Fengal ragut 19 nyawa di India, Sri Lanka
Puducherry di India dilanda hujan selama 24 jam yang merekodkan paling lebat dalam tempoh 30 tahun.
281 lokasi terjejas bencana di seluruh negara, paling banyak di Terengganu
Sebanyak 281 lokasi di seluruh negara terkesan pelbagai kejadian bencana susulan hujan yang melanda negara dengan paling banyak direkodkan di Terengganu iaitu 131 lokasi.
Mangsa banjir di lima negeri meningkat, tiga lagi menurun
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat ini berbanding 91,279 orang petang tadi.
Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.
Semua agensi pengurusan bencana disalur maklumat lengkap - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sentiasa menyalurkan maklumat lengkap mengenai cuaca dalam negara untuk dijadikan panduan tindak balas bencana kepada semua agensi pengurusan bencana.
Jumlah mangsa banjir di Perak dan Kedah meningkat
Di Perak, jumlah mangsa yang berlindung di 11 PPS meningkat kepada 1,191 orang malam ini berbanding 1,170 petang tadi.
Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia
Proses pengumpulan data secara lebih berkesan dan menyeluruh adalah penting dalam operasi pasca bencana untuk mengetahui keperluan unik bagi kawasan terjejas.
PBB beri ancaman 'bencana yang semakin hampir' di Asia Barat
"Tiada penyelesaian ketenteraan yang akan membuat mana-mana pihak lebih selamat."
Singapura sumbang AS$100,000 untuk usaha bantuan banjir Bangladesh
Sumbangan itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan memenuhi keperluan segera masyarakat terjejas akibat bencana alam berkenaan.