Skip to main content

Dunia

'Dulu wira keamanan, kini pencetus perang' - Penganalisis pertikai tindakan ironi Trump

U.S. President Donald Trump takes questions from media at a press briefing at the White House, following a shooting incident during the annual White House Correspondents’ Association dinner, in Washington, D.C., U.S., April 25, 2026. REUTERS/Jonathan Ernst REFILE - ADDING LOCATION, DATE AND BYLINE
Felo Kanan di Pusat Dasar Antarabangsa (CIP), Negar Mortazavi berkata Trump (foto) kini berdepan kritikan daripada kedua-dua parti utama di negara itu. -Gambar fail/Reuters

WASHINGTON: Penganalisis politik menyifatkan pendekatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Iran sebagai satu ironi berikutan imej beliau sebelum ini sebagai pemimpin antiperang di Asia Barat.

Felo Kanan di Pusat Dasar Antarabangsa (CIP), Negar Mortazavi berkata Trump kini berdepan kritikan daripada kedua-dua parti utama di negara itu.

Menurut beliau, cadangan menyerang Iran yang pernah dibangkitkan sebelum ini ditolak oleh pentadbiran terdahulu kerana bimbang terhadap risiko tindak balas daripada Tehran.

“Setiap presiden AS lazimnya berkempen untuk menamatkan perang yang berlarutan di Asia Barat, termasuk Trump sendiri yang pernah menyifatkan konflik tersebut sebagai tidak wajar,” katanya kepada Al Jazeera.

Bagaimanapun, beliau berpandangan pendekatan semasa pentadbiran itu dilihat bercanggah dengan pendirian terdahulu.

“Pendekatan yang diambil kini menimbulkan kritikan daripada pelbagai pihak, termasuk dalam kalangan parti sendiri,” katanya.

Mortazavi berkata dalam Parti Demokrat, kritikan muncul daripada kelompok yang melihat pendekatan tersebut melemahkan kedudukan AS, manakala dalam Parti Republikan pula terdapat kumpulan yang mahukan pendekatan lebih berhati-hati.

Perkembangan itu meletakkan pentadbiran Trump dalam situasi mencabar ketika berdepan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat.

 

Must Watch Video

Advertisement