MALAYSIA
Bencana Kim Kim: Murid, guru terima pampasan insurans

Maszlee ketika melawat mangsa di Hospital Sultan Ismail (HSI) awal minggu ini. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa guru-guru dan murid-murid yang terjejas akibat pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang akan menerima pampasan Insurans Takaful Malaysia.
Ahli Parlimen Simpang Renggam (PH), Dr Maszlee Malik memberitahu perkara tersebut ketika membahaskan usul tergempar di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr Maszlee yang juga Menteri Pendidikan berkata KPM akan membantu mangsa-mangsa yang terjejas bagi membuat tuntutan insurans di cawangan-cawangan terdekat.
Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam kes pencemaran sisa kimi di Pasir Gudang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami