Jika sebelum ini liputan berita menumpukan kepada keadaan rata-rata mangsa bencana seperti kejadian tanah runtuh, kemalangan yang menggemparkan serta kejadian bah besar yang melanda Pulau Pinang sejak September lalu, tetapi kali ini tumpuan beralih kepada sekumpulan pasukan yang begitu komited dengan kerjaya masing-masing dalam berkhidmat kepada masyarakat secara amnya.
Mereka merupakan pasukan pengamal media, yang sedikit mengetahui akan jasa dan impak besar yang mereka sumbangkan kepada negara.
Muhamad Amir Irsyad Omar, jurufoto New Straits Times (NST) yang begitu komited terhadap kerjayanya sehinggakan beliau terpaksa mengorbankan masa cutinya demi menyalurkan informasi terkini sejak bermulanya tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah sehinggalah ke hari ini untuk membuat liputan pascabanjir.
"Kalau hendak dikira saya sudah membuat liputan sejak hari pertama tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah pada 22 Sept lalu kemudian tragedi berdarah dua bas kilang di Juru pada 24 Okt dan sekarang untuk bencana banjir pula," kata Muhamad Amir kepada Bernama ketika ditemui membuat liputan pascabanjir, di sini.
Muhamad Amir berkata, tuntutan kerjanya sebagai jurufoto tidak melunturkan semangatnya dalam mendepani cabaran, bagi menyampaikan foto yang menarik dan dilengkapi maklumat terkini serta tepat kepada pembaca.
Sementara itu, Hafiz Zulkeflli, jurukamera Astro Awani berkongsi pengalaman pahit manis semasa membuat liputan di lokasi bencana sejak dua bulan kebelakangan ini.
"Sebagai jurukamera, cabaran yang kami hadapi ialah ketika membuat liputan di tempat-tempat berisiko seperti di cerunan bukit serta mengharungi banjir sehingga paras dada. Semua ini dilakukan demi untuk mendapatkan visual yang terbaik dan pada masa yang sama, kami juga perlu menjaga keselamatan diri dan peralatan lain.
"Ia tugas yang mencabar tetapi amat berbaloi apabila melihat visual kita diguna pakai untuk siaran berita," katanya yang juga terpaksa melupakan segala aktiviti riadahnya bersama keluarga dan rakan-rakan.
Seorang lagi wartawan penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nisrin Mohd Noh ketika ditemui Bernama di sini menyatakan bahawa pekerjaan sebagai wartawan penyiaran memerlukan ketahanan fizikal dan mental bagi menyalurkan maklumat yang terkini, padat dan berinformasi kepada penonton tidak kira waktu, tempat dan situasi.
"Contohnya ketika tragedi tanah runtuh dan banjir yang berlaku baru-baru ini memerlukan pasukan kami berada di lokasi sehingga lewat malam, demi mendapatkan perkembangan maklumat terkini. Semua ini dilakukan atas dasar profesional sebagai wartawan penyiaran, " kata Nisrin yang turut turun padang bersama jurukameranya untuk membuat liputan di kawasan bencana banjir tanpa mempedulikan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Dalam pada itu, dua petugas Bernama iaitu jurufoto dan jurufoto 'drone' yang didatangkan khas dari ibu pejabat, Mohd Zulfadhli Zulkarnain dan Muhammad Zulhilmi Daud sejak Ahad lalu menyifatkan liputan berita mengenai bencana banjir sepanjang tujuh hari di negeri ini, sebagai pengalaman berharga.
"Cabaran yang kami hadapi semasa membuat liputan banjir termasuklah keadaan angin yang kuat hingga menyebabkan kerja mengendali 'drone' sukar dilakukan, " kata Zulhilmi.
Beliau turut berterima kasih kepada pasukan bomba yang membawa mereka meredah banjir setinggi tiga meter, untuk mencari kawasan pedalaman seperti di Kampung Tepi Sungai di sini, yang merupakan kawasan terpencil dan sukar ditemui oleh media lain.
Zulfadhli juga turut berkongsi pengalaman bersama anggota pasukannya yang beberapa kali tersesat ketika melalui kawasan pedalaman di sekitar Bukit Mertajam dan beberapa kawasan di Tasek Gelugor semata-mata untuk mendapatkan foto eksklusif.
"Ahad merupakan hari terakhir kami berada di sini dan kami sentiasa bersedia untuk menyambung khidmat jika diperlukan untuk membuat sebarang tinjauan dari udara mahupun foto, " tambah Zulfadhli lagi.
Walau apa pun keadaan yang berlaku, sama ada di negeri ini mahupun di tempat lain, khidmat mereka yang begitu setia dan dedikasi tanpa mengira waktu patut diberi pujian kerana pasukan inilah yang merupakan 'jambatan' yang menghubungkan maklumat kepada masyarakat keseluruhannya demi pembangunan agama, bangsa dan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2017
Laporan dan gambar oleh pasukan pengamal media, tidak ramai yang mengetahui akan jasa dan impak besar yang mereka sumbangkan kepada negara. - Foto Bernama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Ananda Krishnan, hartawan bijak, 'cap jari' di serata sudut
To make money, you have to find tomorrow's business, make tomorrow's money. Itu pegangan taikun perniagaan Ananda Krishnan yang dikenali sebagai seorang hartawan self-made yang tersohor.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.