awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Keadaan banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bengang dikecam, geng wanita nekad culik remaja

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
28/02/2018
06:40 MYT
Bengang dikecam, geng wanita nekad culik remaja
Suspek wanita bersama enam lagi rakannya yang melarikan remaja 19 tahun, semalam direman empat hari. - Foto Astro AWANI
Bengang dikecam di laman media sosial Facebook, seorang wanita yang juga peniaga atas talian bertindak menculik seorang remaja perempuan pemilik akaun Facebook terbabit.
Ia dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam Selasa, ketika suspek bersama enam lagi rakannya berpakat melarikan mangsa yang berusia 19 tahun lebih 20 Kilometer.
Suspek yang berusia 26 tahun, bersama rakannya dikatakan menyerang mangsa ketika sedang melalui Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, mereka bertindak menyekat kereta mangsa yang dinaiki bersama tiga rakannya sebelum menarik mangsa keluar dari kereta.
Jelasnya, semasa di dalam kereta, salah seorang daripada suspek bertindak menutup muka dengan kain dan mengikat tangan serta kaki mangsa.
Suffian berkata, mangsa turut dipukul sebelum kesemua suspek meninggalkannya di tepi jalan di Kampung Teratak Batu, Marang.
Berikutan itu, tujuh individu termasuk lima remaja dan wanita berusia antara 18 hingga 26 tahun direman empat hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut seksyen 363 kanun keseksaan kerana melarikan orang.
Topic Berkaitan
#Facebook
#kereta
#Kuala Terengganu
#mangsa
#peniaga
#polis
#remaja
#suspek
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan