KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya diminta untuk membentangkan cadangan hanya 80 Ahli Parlimen dihadkan dalam satu sesi sebelum persidangan bermula 26 Julai ini.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan, ia akan menjadi penentu kepada sokongan sebenar yang akan diperoleh daripada cadangan berkenaan.
Jelasnya, setiap Ahli Parlimen berharap pembukaan sidang akan menjawab persoalan yang perlu diketahui rakyat terutama isu COVID-19.
"Ruang Parlimen itu sewajarnya dibuka seluas-luasnya agar perbincangan utama melibatkan krisis pandemik dapat dibincangkan. Kes kematian tertinggi direkodkan semalam yang mana berkaitan COVID-19.
"Pengurusan menghadapi bencana ini berada dalam keadaan yang sangat kucar-kacir. Tidak hairan kita dari krisis pandemik, kita memasuki krisis ekonomi. Soal kehilangan pendapatan ini adalah amat parah.
"Dalam soal rakyat yang hilang pekerjaan ini bukan hanya memberi kesan yang hanya seminggu dua yang boleh ditampung dengan bakul makanan semata-mata, tetapi kesannya memberi tekanan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan pada hari ini. Sebab itu ia boleh ditafsirkan boleh menjurus ke arah yang lebih parah," katanya semasa dihubungi pada Isnin.
BACA: 80 ahli Parlimen dicadang bersidang dalam satu sesi
BACA: Ada ruang perbahasan pada sidang khas Parlimen - Takiyuddin
BACA: Inisiatif Pemulih di sini
Sebelum ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, Jawatankuasa Dewan Rakyat akan mencadangkan hanya 80 ahli Parlimen dihadkan dalam satu sesi persidangan Parlimen bermula 26 Julai ini.
Jelasnya, perkara itu akan dibincangkan bersama Ketua Whip parti politik dalam Dewan.
Tambahnya cadangan itu dijangka dapat diputuskan minggu depan sebelum Parlimen mula bersidang.
Dalam pada itu dakwa Akmal, cadangan had kehadiran 80 Ahli Parlimen untuk satu sesi adalah tidak bertanggungjawab.
Dakwanya, ia keputusan dua darjat selain tiada isu berbangkit dalam hal pandemik kerana Ahli Parlimen akan menjalani ujian saringan pada Jumaat ini.
Sebelum ini juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, akan ada ruang perbahasan dalam sidang khas Parlimen nanti.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, sebarang pengumuman berkaitan sesi perbahasan adalah di bawah bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat.
Jelasnya, pemberitahuan sebelum ini oleh menteri menunjukkan bahawa tiada konsep pemisahan kuasa yang berlaku di negara ini.
"Pertamanya saya rasa tidak sesuai untuk menteri memberi pengumuman bahawa perbahasan akan berlaku di Dewan Rakyat kerana ini adalah bidang kuasa Speaker. Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa tiada konsep pemisahan kuasa.
"Yang kedua sekatan atau had minimum 80 Ahli Parlimen yang boleh masuk ke Dewan Rakyat langsung tidak masuk akal kerana semua Ahli Parlimen telah menerima vaksin mereka sejak bulan April. Parlimen juga telah membelanjakan kos penghadang di setiap meja Ahli Parlimen untuk mencegah COVID-19.
"Jangan kita lupa, sebelum masuk Parlimen, selalunya semua Ahli Parlimen akan dikenakan swab test untuk COVID-19, jadi beberapa langkah telah diambil untuk memastikan keadaan yang selamat. Saya tidak faham kenapa masih memerlukan sekatan seperti ini untuk mengehadkan masa dan jumlah Ahli Parlimen yang boleh masuk untuk membawa isu rakyat," ujarnya.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan Mesyuarat Khas Penggal ketiga Parlimen ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat.
Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini.
Persidangan itu bertujuan memberi penerangan kepada semua ahli Parlimen berkenaan tentang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.
Astro Awani
Mon Jul 19 2021
Jelas Akmal, setiap Ahli Parlimen berharap pembukaan sidang akan menjawab persoalan yang perlu diketahui rakyat terutama isu COVID-19. - Foto Astro AWANI
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.