awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2024
04:30 MYT
Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ
Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.
SHAH ALAM: Tindakan segelintir pengguna kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membentangkan tilam di bahagian penumpang belakang terutama yang berkeluarga semasa kenderaan bergerak adalah satu kesalahan dan mengundang bahaya.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.
"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak.
"Tambahan pula, bermula Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008)," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata, bagi kanak-kanak dengan berat kurang daripada 36 kilogram atau ketinggian kurang daripada 136 sentimeter atau berumur kurang 12 tahun dikehendaki memakai kerusi keselamatan kanak-kanak ketika kenderaan bergerak.
Jelasnya, peraturan-peraturan itu dikuatkuasakan bagi mengurangkan impak dan menjamin keselamatan penumpang sekiranya berlaku kemalangan.
Pada Isnin, tular gambar memaparkan kanak-kanak dalam sebuah MPV yang baring dengan beralaskan toto di bahagian penumpang belakang.
Berikutan itu, seorang individu telah membuat ulasan di media sosial X bahawa pendidikan keselamatan pengguna jalan raya masih di tahap rendah.
Dakwa pemilik akaun X Hezeri Samsuri, ibu bapa boleh dikenakan saman dan penjara jika berlaku kemalangan hingga akibatkan kematian kerana kelalaian itu.
https://www.sinarharian.com.my/article/659739/berita/semasa/bentang-tilam-di-tempat-penumpang-belakang-undang-bahaya---jpj
Topic Berkaitan
#JPJ
#bentang tilam dalam kereta
#bentang toto
#keselamatan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan