awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang disindir dalam program realiti TV dipercayai punca 2 isteri jurulatih bergaduh

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/01/2023
13:14 MYT
Berang disindir dalam program realiti TV dipercayai punca 2 isteri jurulatih bergaduh
Mohd Iqbal Ibrahim memberitahu, polis menerima laporan daripada kedua-dua isteri bekas jurulatih itu. - Gambar PDRM
SHAH ALAM: Berang disindir dalam sebuah program realiti televisyen dipercayai menjadi punca pergaduhan dua isteri jurulatih bola sepak di sebuah restoran di Shah Alam, yang videonya tular sejak pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memberitahu, pihaknya menerima laporan daripada isteri kedua bekas jurulatih itu pada pukul 2.18 pagi Isnin, sejurus insiden itu.
"Suspek dalam kes ini merupakan isteri pertama yang dikatakan telah menarik rambut pengadu (isteri kedua) di dalam restoran tersebut sehingga membawa pergaduhan dan pertengkaran di luar restoran.
"Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati punca pergaduhan tersebut disebabkan suspek merasa dirinya tersindir dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program realiti dan marah kepada pengadu kerana telah berkahwin dengan suami tanpa pengetahuannya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
BACA: Isteri, madu jurulatih terkenal bergaduh di restoran
Mohd Iqbal menambah, pihaknya sudah menerima laporan daripada kedua-dua wanita terbabit berhubung insiden itu dan mereka serta suami telah dirakam keterangan.
Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar di tempat awam.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Topic Berkaitan
#isteri bekas jurulatih
#video tular
#bergaduh
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan