KUALA LUMPUR: Gara-gara berang ditipu kerana tidak mendapat calon pasangan setelah membayar RM2,500 sebagai upah, seorang penjawat awam bertindak membelasah pegawai khidmat pelanggan wanita yang bertindak sebagai ejen cari jodoh.
Rakaman video kejadian berdurasi dua minit 19 saat yang memaparkan 'aksi' itu turut tular di media sosial sejak Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, sebelum kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa lalu, suspek yang berusia 35 tahun itu pergi ke pejabat mangsa di Jalan 2, Chan Sow Lin, di sini sebelum membawa wanita itu masuk ke dalam lif untuk turun.
"Berdasarkan rakaman itu, ketika di dalam lif, suspek memukul pengadu berkali-kali dengan menggunakan tangan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala.
"Mangsa yang mengalami pendarahan di kepala kini ditempatkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Berdasarkan siasatan awal, Muhammad Idzam berkata, polis mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara pengadu dan suspek.
Suspek telah membayar sebanyak RM2,500 sebagai upah untuk mencari teman hidup di laman mencari jodoh, namun, selama tempoh enam bulan, tiada sebarang calon yang dicari agensi itu.
Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Beliau memberitahu, polis telah mengenalpasti suspek dan dia akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Umavathi Ramayah
Thu Nov 18 2021
Imej tangkap layar daripada video tular yang menunjukkan seorang penjawat awam membelasah pegawai khidmat pelanggan wanita yang bertindak sebagai ejen cari jodoh dalam lif.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
Pengawal keselamatan mengaku salah pukul, amang seksual anak tiri
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan sejak tahun 2020 hingga awal bulan ini.
Polis buka kertas siasatan dakwaan buli pelajar sekolah
Kedua-dua pelajar lelaki berusia 16 tahun dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan.
Bapa dipenjara, denda kerana cederakan anak lelaki dengan rotan
Seorang bapa dihukum penjara sehari dan didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya dengan rotan, tahun lepas.
Sharnaaz Ahmad kemuka representasi gugur tuduhan cedera pengawal keselamatan
Pelakon Sharnaaz Ahmad telah mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lepas.
Polis buru dua lelaki kes cubaan bunuh
Hoong Fong berkata, setakat ini empat orang lelaki tempatan telah ditangkap untuk membantu siasatan.
Pengasuh didakwa cederakan bayi lapan bulan
Seorang pengasuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan bayi perempuan berusia lapan bulan, September tahun lalu.
Sharnaaz mengaku tidak bersalah cederakan penghuni kondominium
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sharnaaz Ahmad tiba di mahkamah
Pelakon filem 'Juvana' itu sempat mengucapkan selamat pagi kepada wartawan yang berkumpul di lobi mahkamah.
Belasah isteri, anak kerana tidak dibelikan rokok, penganggur dipenjara 9 tahun
Penganggur dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana bersalah pukul isteri dan anak.
Tumbuk muka abang kandung: Penulis blog dihukum penjara 14 hari, denda RM2,500
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 21 Feb lepas.