awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh didakwa cederakan bayi lapan bulan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
27/01/2023
06:23 MYT
Pengasuh didakwa cederakan bayi lapan bulan
Tertuduh, Siti Aqilah Shahimi bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus satu pertuduhan terhadapnya dibacakan. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang pengasuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan bayi perempuan berusia lapan bulan, September tahun lalu.
Tertuduh, Siti Aqilah Shahimi, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus satu pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Mazana Sinin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang diasuhnya itu di sebuah rumah di Taman Limbongan Permai, dalam daerah Melaka Tengah pada pukul 6.20 petang 7 September tahun lalu.
Justeru, tertuduh yang sudah berkahwin dan belum mempunyai anak didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohammad Naim Abd Jalil mencadangkan jaminan sebanyak RM 8,000 dikenakan terhadap tertuduh.
Tertuduh yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagaimanapun memohon jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan tertuduh hanya berpendapatan RM 1,800 sebagai pengasuh kanak kanak.
Mazama pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 2,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 14 Mac ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Topic Berkaitan
#pengasuh dera
#bayi didera
#Melaka Tengah
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan