awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa dipenjara, denda kerana cederakan anak lelaki dengan rotan

Bernama
Bernama
28/06/2023
08:31 MYT
Bapa dipenjara, denda kerana cederakan anak lelaki dengan rotan
Seorang bapa dihukum penjara sehari dan didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya dengan rotan, tahun lepas. - Gambar hiasan
MUAR: Seorang bapa dihukum penjara sehari dan didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya dengan rotan, tahun lepas.
Majistret Analia Kamaruddin menjatuhi hukuman itu terhadap Goh Chiaw Hoe, 36, seorang penganggur, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah, sewaktu sebutan kes hari ini.
Mahkamah memerintahkan bapa lima anak itu menjalani hukuman penjara tersebut hari ini dan mengarahkan dia dipenjara dua bulan, sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Goh didakwa telah menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak berusia tujuh tahun ketika kejadian, di Taman Beting di sini, pada 6 petang, 7 Ogos tahun lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, pada 12.30 tengah hari, 8 Ogos 2022, seorang pegawai perubatan telah menerima seorang pesakit, dibawa oleh gurunya kerana terdapat kecederaan di tangan kiri dan kaki kiri akibat dirotan oleh bapanya, sebelum pegawai perubatan itu membuat laporan di Balai Polis Muar dan menyatakan mangsa telah dipukul.
Mangsa yang mengalami kecederaan lebam di tangan kiri serta kaki kiri telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini dan bapa kanak-kanak itu telah ditangkap untuk siasatan lanjut pada 10 malam, 9 Ogos 2022.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabihah Mohd Noor manakala peguam Tay Chee Fu mewakili tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#Kanak-kanak
#Goh Chiaw Hoe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan