GUA MUSANG: Selain ayam dan telur, beras, krimer manis, susu sejat serta mi segera, merupakan antara barangan yang menjadi pilihan pelanggan pada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Chiku 3, di sini hari ini.
Pengusaha Kedai Runcit Kak Ida Chiku 3 Fatimah Mohamad, 47, berkata barangan tersebut sentiasa menjadi pilihan pelanggan, berikutan potongan harga hingga 20 peratus yang diberikan pada program tersebut.
"Untuk hari ini saya membekalkan 200 ekor ayam, lebih kurang 400 pek beras lima kilogram (kg) dan 10kg beras, khas untuk program jualan hari ini sehingga esok.
"Walau bagaimanapun untuk stok telur, saya hanya mendapat bekalan telur gred A dan C kurang dari 100 papan, justeru kesemua telur habis dijual seawal 15 minit kami mula beroperasi pagi ini," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Pelanggan Roslina Yusof, 51, berkata dia mengambil peluang membeli kesemua barangan asas untuk bekalan selama sebulan, memandangkan ini adalah pertama kali dirinya mengikuti program jualan murah seumpama ini.
"Saya melihat ramai pelanggan sedang membeli, lalu saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menambah bekalan makanan di rumah pada harga yang murah seperti Milo, biskut, mi segera, sabun, beras dan banyak lagi," katanya.
Bagi Suriawaty Mat Sohor, 41, berkata beliau mengikuti rapat PJMKM yang diadakan kerana membantu mengurangkan perbelanjaannya.
"Kita tahu sekarang kos sara hidup sangat tinggi, jadi dengan adanya jualan ini saya dapat membuat penjimatan yang banyak dari segi barang-barang kering dan basah seperti ayam, susu dan Milo," katanya.
Eklima Mahyuddin, 37, berkata beliau sangat berpuas hati di atas usaha kerajaan dalam membantu mengurangkan beban rakyat, dengan menawarkan diskaun ke atas semua barangan keperluan harian komuniti di sini.
"Sangat banyak perbezaan harga barang yang dijual hari ini berbanding hari biasa, malah ini merupakan kali kedua saya menyertai PJMKM ini kerana sangat memberi kesan dalam perbelanjaan mingguan saya dan kalau boleh biarlah ia diadakan secara berterusan." katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022
Ramai pengunjung dan pelanggan tidak mahu melepaskan peluang untuk menambah bekalan makanan di rumah pada harga yang murah. - Bernama
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Beras, mi segera dan susu antara barangan laris di PJMKM DUN Paloh
Barangan tersebut sentiasa menjadi pilihan pelanggan, berikutan potongan harga hingga 20 peratus yang diberikan pada program itu.
PJMKM berjalan lancar namun terdapat ruang penambahbaikan - Annuar
Annuar berkata pihaknya mahu program berkenaan dapat dilaksanakan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.
Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
Lima kementerian diminta tingkatkan jumlah lokasi PJMKM - Annuar
Annuar berharap supaya sasaran program jualan itu diadakan di kesemua 639 lokasi di kawasan DUN dapat dilaksanakan pada akhir September ini.
Program Jualan Murah Keluarga Malaysia mulai 19 Ogos - Annuar
Beberapa barangan telahpun dikenal pasti oleh Suruhanjaya Koperasi dalam pembentangan mereka termasuklah ayam, minyak, gula.