KUALA LUMPUR: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi menetapkan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di 639 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dilaksanakan sepenuhnya oleh kesemua kementerian yang diamanahkan menjelang 15 Sept ini.
Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
"Laporan dibentangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati prestasi keseluruhannya masih kurang 50 peratus... ia masih tidak cukup baik.
"Jawatankuasa ingin lihat dua minggu dari sekarang kena capai 100 peratus. Sekarang ini ada kementerian yang hanya capai 30 peratus, ada kementerian yang capai 60 peratus dan 40 peratus, atas pelbagai masalah yang dilalui bila laksanakannya," katanya.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini, hari ini.
Annuar berkata 21 program JMKM di lokasi-lokasi kampus universiti awam juga akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu akan datang (sehingga 15 Sept) bagi meringankan beban mahasiswa ketika negara berhadapan detik mencabar ini.
"Cuma dalam kampus, para pelajar mungkin tidak beli bahan-bahan mentah seperti ayam dan minyak, tetapi mereka memerlukan perkhidmatan data internet, alat menulis dan makanan.
"Jadi kita serahkan pada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk melihat barang yang lazim digunakan oleh mahasiswa serta menggunakan mekanisme yang sama (JMKM) agar mahasiswa boleh beli dengan harga diskaun," katanya.
Sementara itu Annuar berkata Jemaah Menteri bersetuju meluluskan semakan semula kadar biasisiwa di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) khususnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk semua pelajar, dalam dan luar negara.
Beliau berkata kerajaan turut mengambil maklum mengenai biasiswa-biasiswa lain berkaitan kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, bagi memastikan kadar biasiswa dinaikkan selaras dengan kenaikan kadar inflasi.
"Jadi satu penyelarasan akan dibuat antara kementerian-kementerian dan apa yang telah disyorkan KPLB bagi pelajar MARA itu telah diluluskan oleh Jemaah Menteri, dan perinciannya akan dimaklumkan kementerian berkaitan.
"... secara prinsip, mengambil kira kos sara hidup pelajar dalam dan luar negara, Kabinet bersetuju untuk kadar biasiswa dinaikkan dan kemudiannya diselaraskan," katanya.
Mengenai situasi inflasi negara, Annuar berkata berdasarkan perbandingan kadar inflasi bulan ke bulan, kenaikan inflasi bagi Julai ini menyederhana kepada 0.4 peratus berbanding 0.6 peratus pada Jun 2022.
"Trend kadar inflasi yang makin tinggi berbanding dengan tahun lepas pula, ini fenomena global yang sedang dilalui hampir kesemua negara.
"Kadar inflasi bagi Julai 2022 berbanding Julai 2021 bagi United Kingdom (10.1 peratus), negara-negara Eropah (Euro) (8.9 peratus), Amerika Syarikat (8.5 peratus), Thailand (7.6 peratus), Singapura (7 peratus), Filipina (6.4 peratus), Indonesia (4.9 peratus) dan negara kita (4.4 peratus)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan. - Gambar fail/BERNAMA
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan - Fuziah
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak diteruskan lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mencadangkan beberapa langkah kepada kerajaan termasuk meningkatkan subsidi sebanyak 2 sen dalam usaha mengatasi masalah bekalan telur ayam gred terkawal.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bincang bekalan barangan musim banjir minggu depan - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan di Putrajaya bagi membincangkan beberapa perkara terutama untuk menangani kekurangan bekalan barangan ketika musim banjir
Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa bantu ringankan beban pelajar IPT - Mustapa
JMKM Siswa merupakan projek rintis bagi membantu mengurangkan beban ditanggung siswa, dan akan diperluaskan ke IPTA lain selepas ini.
Banjir: Pastikan barang keperluan mencukupi
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini mahu bekalan barangan keperluan di negeri-negeri dijangka terjejas banjir dipastikan mencukupi, serta tidak memberi kesan yang ketara terhadap harga barang-
Annuar sangkal tuduhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal
Ia termasuk tuduhan pasukan itu gagal mengawal kenaikan Kadar Dasar Semalaman yang diumumkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini.
Peranan Pasukan Khas Tangani Inflasi bukan tentang OPR sahaja - Annuar
Peranan yang dimainkan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bukan berlegar pada Kadar Dasar Semalaman (OPR) sahaja, sebaliknya turut memberi perhatian kepada harga barang keperluan rakyat.
Tindakan tegas jika jual ayam melebihi harga siling - Mustapa
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual ayam melebihi harga siling RM9.40 sekilogram yang ditetapkan.
Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar
Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.