awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berenang dalam keadaan mabuk, lelaki warga Nepal ditemukan lemas di lombong

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
03/06/2023
03:00 MYT
Berenang dalam keadaan mabuk, lelaki warga Nepal ditemukan lemas di lombong
Mayat mangsa dibawa naik ke tebing sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto JBPM Perak
GOPENG: Seorang lelaki warganegara Nepal ditemukan lemas selepas berenang di sebuah lombong dipercayai dalam keadaan mabuk dekat sini, pada Sabtu.
Mangsa dikenali sebagai Seroj Senoli, 26 tahun, sebelum itu ke lokasi kejadian bersama dua rakannya sebelum bertindak terjun dan berenang di lombong berkenaan seorang diri pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Saiful Rizan Sulaiman berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 7.37 malam sebelum pasukan pegawai dan anggota dari balainya dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut dibantu sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Ipoh dan Kuala Kangsar.
“SAR diteruskan pada jam 8.30 pagi dengan kaedah pencarian pada permukaan air dan selaman oleh pasukan PPDA Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak.
“Pada jam 9.45 pagi, pasukan SAR akhirnya berjaya menemukan mangsa yang tenggelam bawah permukaan air lombong, pada jarak 15.24 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai kelihatan.
“Mayat mangsa kemudian telah dibawa naik ke tebing sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.
Tambahnya, SAR berkenaan melibatkan kekuatan anggota dan pegawai seramai lapan orang dari BBP Gopeng, tujuh PPDA dan enam polis.
Topic Berkaitan
#lombong
#lemas
#mabuk
#warga Nepal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan