KUALA LUMPUR: Keseimbangan antara kesejahteraan fizikal dan rohani adalah formula terbaik untuk melahirkan graduan berkualiti.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasrat tersebut direalisasi dengan penyediaan sistem pendidikan pra-sekolah sehingga peringkat universiti di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Jelas Zahid, di bawah KKDW terdapat institusi pendidikan pra-sekolah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), institusi TVET, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech MARA (UPTM). Semua institusi itu diterapkan keseimbangan fizikal dan rohani dalam silibusnya.
BACA: Kerjasama kerajaan-industri bantu graduan TVET dapat gaji setimpal - Sivakumar
"Saya sering berceramah, kita mesti berfikiran New York tetapi berjiwa Mekah. Bererti kita mahu kemajuan dalam masa yang sama kita mempertahankan agama. Kombinasi soal keterampilan, kemahiran dan nilai akademik. Kadang-kadang orang lihat hanya nilai akademik. Kita buat transformasi kepada kerjaya pekerja kolar putih dan kolar biru.
"Dulu orang pandang rendah kepada pekerja kolar biru. Mereka mahu anak-anak menjadi ahli profesional. Sebenarnya dari segi pendapatan, pekerjaan kolar biru memberikan pulangan kerjaya yang cukup baik." katanya dalam program Agenda AWANI.
Zahid mengakui ketika ini terdapat ketidakseimbangan antara kelayakan graduan dengan gaji yang diterima.
Katanya, di pihak KKDW, graduan yang dilahirkan disasarkan untuk mendapat pekerjaan pada kadar gaji sekurang-kurangnya RM2,000. Ia sebagai penanda aras kementerian, meskipun hakikatnya graduan TVET mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih baik.
Oleh yang demikian, pelbagai program dilaksanakan secara sinergi antara tujuh agensi di bawah KKDW, pelbagai jabatan dan kerjasama dengan pihak swasta. Zahid berharap generasi ini dalam memberikan nilai tambah kepada industri TVET yang pesat membangun.
Irfan Faruqi
Tue Mar 14 2023
Ahmad Zahid mengakui ketika ini terdapat ketidakseimbangan antara kelayakan graduan dengan gaji yang diterima. - Astro AWANI
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.