MALAYSIA
Bergaduh main bola sepak: Lima masih dikesan, tujuh bebas dengan jaminan polis

Pada 8 Ogos lepas, media melaporkan polis menahan tujuh lelaki disyaki terlibat dalam kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak berkenaan.
IPOH: Polis kini giat mengesan lima lagi suspek bagi melengkapkan siasatan dalam kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung di Padang Speedy, Teluk Intan pada Khamis lepas.
Ringkasan AI
- Polis sedang mengesan lima lagi suspek bagi melengkapkan siasatan insiden rusuhan semasa perlawanan Liga Integriti Hilir Perak 2025 di Padang Speedy, Teluk Intan pada 8 Ogos lalu.
- Tujuh suspek berusia 21 hingga 32 tahun yang ditahan sebelum ini akan diberi jamin polis selepas direman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
- Kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam minggu ini bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung tindakan susulan.
Pada 8 Ogos lepas, media melaporkan polis menahan tujuh lelaki disyaki terlibat dalam kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak berkenaan.
Bakri berkata tangkapan dilakukan selepas menerima laporan daripada seorang lelaki yang memaklumkan terdapat pergaduhan melibatkan dua pasukan bola sepak tempatan yang bermain dalam Liga Integriti Hilir Perak 2025.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami