ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Februari 2021.

1) "Saya bukan kucing," kata peguam selepas kesilapan filter Zoom

Ketika Hakim Roy Ferguson membuka prosiding maya Mahkamah Daerah Kehakiman ke-394 di Texas pada Zoom pada hari Selasa, dia tidak menyangka akan bertemu dua peguam dan 'anak kucing'.

2) Tentera Myanmar serbu ibu pejabat parti pimpinan Suu Kyi - NLD

Tentera Myanmar dilapor menyerbu ibu pejabat parti Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi, di sini, ketika krisis semakin memuncak dengan peningkatan penentangan terhadap rampasan kuasa.

3) Keluarga nahas pesawat Sriwijaya Air diberi taklimat sebelum laporan awal diumum

Penyiasat kemalangan udara Indonesia akan memberi taklimat kepada ahli keluarga dan saudara-mara 62 mangsa nahas Sriwijaya Air pada pagi Rabu, menjelang laporan awal nahas itu yang dijangka diumumkan pada petang ini.

4) Nahas Sriwijaya Air: Pesawat mengalami ketidakseimbangan tujahan enjin - Laporan awal

Pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di Laut Jawa bulan lalu mengalami masalah ketidakseimbangan tujahan enjin, menurut laporan awal penyiasat yang dikeluarkan pada Rabu.

5) Pihak cuba menipu rekod perjalanan di Britain berdepan hukuman penjara 10 tahun

Kerajaan Britain tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menipu rekod perjalanan khususnya dari kawasan yang berada dalam senarai larangan.

6) COVID-19: Jepun mula program vaksinasi minggu depan

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga menjangkakan pelaksanaan program vaksinasi COVID-19 di negara itu akan dapat dimulakan minggu depan.

7) Gempa bumi sederhana gegar kepulauan Talaud, Indonesia

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia petang ini.

8) Gempa bumi kuat melanda Sumatera, Indonesia malam ini

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia malam ini.

9) Gempa bumi kuat 7.0 skala Richter dikesan di Kepulauan Loyalty

Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty malam ini.

10) Afrika Selatan ganti penggunaan AstraZeneca dengan vaksin Johnson & Johnson

Afrika Selatan bakal menggunakan vaksin COVID-19 keluaran syarikat farmaseutikal Johnson & Johnson bagi menggantikan vaksin AstraZeneca dari Amerika Syarikat yang sepatutnya digunakan oleh negara itu.