Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 30, 2021 23:58 MYT
November 30, 2021 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 November 2021.
Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata sekatan pergerakan tidak akan dikenakan ke atas negara ini di tengah-tengah perkembangan terkini mengenai varian baharu COVID-19 dikenali Omicron, lapor Xinhua.
Pemimpin-pemimpin selatan Afrika menyuarakan kekesalan terhadap keputusan beberapa negara yang menyekat perjalanan sebilangan negara anggota Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC) ekoran varian COVID-19 Omicron.
Jepun membatalkan keputusan mengurangkan tempoh kuarantin kepada warga tempatan yang lengkap vaksin COVID-19 serta rakyat asing yang mempunyai visa pemastautin dan penduduk tetap, disebabkan kemunculan varian Omicron, bermula 1 Disember.
Presiden Joe Biden akui negara itu tidak akan dapat mengelak daripada mengesan varian Omicron COVID-19.
Penamaan varian baharu COVID-19 "Omicron" mencetuskan kekeliruan dalam kalangan penduduk dunia.
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 38 cedera pada Isnin apabila bandar metropolis Istanbul di Turki dilanda ribut dan angin kencang, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).
Komplikasi akibat COVID-19 adalah benar dan perkara ini turut berlaku bukan sahaja dalam negara malah seluruh dunia.
Sekurang-kurangnya tujuh terkorban, termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, selepas menikmati hidangan daging penyu.
Imej yang memaparkan wajah Duchess of Cambridge, Kate Middleton dalam keadaan ‘lebam’ mencetuskan kekecohan dalam kalangan warganet.
Demi cinta mendalam terhadap isteri, seorang lelaki dari Madhya Pradesh di India sanggup membina replika ikonik Taj Mahal versi mini untuk dihadiahkan kepada wanita itu sebagai simbol cintanya.
#Australia
#Scott Morrison
#Omicron
#COVID-19
#Afrika
#Jepun
#WHO
#AS
#Joe Biden
#Istanbul
#penyu
#Kate Middleton
#India
#Taj Mahal