awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wajah Kate Middleton 'lebam', penuh luka timbulkan kemarahan warganet

Agensi
Agensi
30/11/2021
04:18 MYT
Wajah Kate Middleton 'lebam', penuh luka timbulkan kemarahan warganet
The Sun melaporkan, poster memaparkan wajah Kate yang dalam keadaan 'lebam' ditampal di perhentian bas dan bangunan di Itali dan Sepanyol. - Gambar fail
IMEJ yang memaparkan wajah Duchess of Cambridge, Kate Middleton dalam keadaan ‘lebam’ mencetuskan kekecohan dalam kalangan warganet.
Foto isteri Duke of Cambridge, Putera William itu yang turut dipenuhi 'luka' dan 'parut' didakwa digunakan dalam iklan sosial berkaitan keganasan rumah tangga.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan gambar berkenaan digunakan tanpa kebenaran.
“Dia melaporkan… tetapi tiada siapa yang mempercayainya, malah dia ditinggalkan sendirian.
“Dia juga tidak dilindungi, tetapi dia (lelaki) itu tidak dihalang. Malah, ia pula dibunuh,” demikian tulis kapsyen iklan tersebut.
Doctored image of 'abused' Kate Middleton in domestic violence campaign was used without Palace permission via https://t.co/iDmtTZl3Op https://t.co/ryT0cmM9sL
— ImageKingUSA (@ImageKingUSA1) November 28, 2021
The Sun melaporkan, poster tersebut kelihatan ditampal di perhentian bas dan bangunan di Itali dan Sepanyol.
Selain gambar Kate, 39, kempen iklan sosial itu turut menggunakan imej Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris, Permaisuri Sepanyol, Ratu Letizia, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen, serta Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagard.
Menurut pelukis Itali, AleXsandro Palombo, yang menghasilkan kempen iklan sosial tersebut, tujuan dia berbuat demikian adalah untuk ‘menarik perhatian (ahli) politik' berhubung respons teruk yang diberikan terhadap masalah keganasan melibatkan jantina.
Keadaan itu, dakwanya menonjolkan ketidakberkesanan sistem sokongan dan perlindungan kepada mangsa.
Bagaimanapun, tindakan tersebut menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan warganet yang menyifatkan ia bukan satu bahan jenaka.
“Kamu jangan main-main… jangan gunakan imej wanita tanpa kebenaran mereka,” tulis seorang pengguna media sosial.
Selain itu, rata-rata warganet mendesak agar iklan tersebut segera diturunkan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Kate Middleton
#Muka Kate lebam
#Iklan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan