ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 1 Disember 2021.

1. Jepun sahkan kes kedua varian Omicron COVID-19

Ia dikesan pada seorang lelaki berusia 20-an yang tiba di lapangan terbang Narita dekat Tokyo pada Sabtu selepas beliau berada di Peru baru-baru ini.

2. Korea Selatan catat lebih 5,000 kes COVID-19 dalam sehari

Kerajaan menangguhkan perancangan untuk melonggarkan lagi sekatan COVID-19 berikutan beban sistem kesihatan yang semakin meningkat.

3. Omicron: Ekonomi dengan kadar vaksinasi rendah akan teruk terjejas

Sekiranya varian baharu Omicron membawa kepada kemunculan semula penularan COVID-19, ekonomi yang paling teruk terjejas ialah negara yang mempunyai kadar vaksin yang lebih rendah, pergantungan yang tinggi pada pelancongan dan kapasiti rendah untuk menawarkan sokongan dasar fiskal dan kewangan tambahan untuk mengimbangi kesan pertumbuhan impak jangkitan.

4. Varian Omicron: Tindakan negara laksana sekatan perjalanan tidak adil - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan atas tindakan sesetengah negara memperkenalkan pendekatan bersasar bagi menangani varian Omicron dengan melaksanakan sekatan perjalanan.

5. Varian Omicron: Penutupan baharu tidak mungkin dilaksanakan - Boris Johnson

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menegaskan kerajaannya tidak mungkin melaksanakan siri baharu sekatan walaupun 13 kes berkaitan varian Omicron dikesan di England.

6. Meski diancam Omicron, Fiji sambut pelancong pertama selepas 20 bulan

Fiji menyambut kedatatangan pertama pelancongnya selepas 600 hari pada Rabu selepas meneruskan pelan pembukaan pintu masuknya, meskipun berdepan ancaman varian Omicron, lapor AP.

7. Pil COVID-19 Merck berkesan tangani varian baharu - Panel

Penasihat kesihatan Amerika Syarikat (AS) sedang mengkaji pil COVID-19 Merck, yang mungkin boleh menjadi ubat pertama yang mudah digunakan untuk pesakit di Amerika.

8. COVID-19: AS tiada kes jangkitan melibatkan varian Omicron

Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengesahkan tiada kes jangkitan melibatkan varian Omicron dikesan di negara itu setakat ini.

9. Varian Omicron: Dos penggalak bagi semua dewasa di UK

Britain pada Selasa mengumumkan pemberian suntikan dos penggalak kepada semua individu dewasa menjelang akhir Januari depan.
 
10. 3 maut, 8 cedera dalam insiden tembakan di sekolah Michigan

Sekurang-kurangnya tiga maut manakala lapan yang lain cedera, antaranya parah, dalam insiden tembakan di sebuah sekolah menengah di Michigan, Amerika Syarikat pada petang Selasa.