Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 29, 2022 15:59 MYT
November 29, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 November 2022.
Apple mengancam untuk mengeluarkan Twitter daripada kedai aplikasinya (apps store) serta meminta pengubahsuaian tertentu pada platform media sosial, Elon Musk mengesahkannya.
Rancangan Pembangunan Jangka Sederhana 2020-2024, republik itu telah menetapkan strategi pemulihan ekonomi selepas pandemik iaitu melalui pelaburan industri, perdagangan serta beberapa sektor lain.
Presiden Ukraine berkata meskipun Rusia terus menyerang negaranya tetapi beliau berikrar bahawa "Ukraine tidak akan jadi tapak kemusnahan."
Selepas bebas dari penyakit polio lebih sedekad lalu, Indonesia mencatatkan empat kes melibatkan kanak-kanak. Virus itu pertama kali dikesan pada oktober lalu apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang mengalami lumpuh separuh badan di wilayah Aceh berdekatan Sigli, Sumatera.
Kementerian Kehakiman Korea Selatan mengekstradisi seorang wanita ke New Zealand selepas dia ditahan berhubung penemuan mayat dua anaknya dalam beg pakaian awal tahun ini.
Gunung berapi aktif paling besar di dunia, Mauna Loa di Hawaii meletus kali pertama dalam tempoh 40 tahun semalam dan mengeluarkan lava serta abu panas. Aliran lava panas seperti sungai itu dapat dilihat keluar dari gunung berapi berkrenaan, menyebabkan awan hitam dan asap di puncak Big Island.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO umumkan bahawa penyakit cacar monyet atau nama Inggerisnya, 'Monkeypox' ditukar kepada mpox selepas nama lama dianggap bersifat perkauman dan menjadi stigma kepada golongan tertentu.
Jawatankuasa Kemudi COVID-19 Brunei pada Isnin mengumumkan pindaan terbaharu terhadap langkah kawalan COVID-19 yang akan dikuatkuasa pada Khamis.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby berkata, AS sentiasa berpegang kepada hak perhimpunan bebas dan bantahan aman.
Pasukan keselamatan Somalia pada Isnin memaklumkan pihaknya telah menamatkan kepungan lebih 20 jam ke atas sebuah hotel terkenal di Mogadishu, manakala 15 orang dilaporkan terbunuh termasuk enam penyerang dalam kejadian itu.