GEORGETOWN: Indonesia menyediakan strategi ekonomi bagi memantapkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia khususnya Pulau Pinang.
Konsul General Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto berkata, dalam Rancangan Pembangunan Jangka Sederhana (RPJMN) 2020-2024, republik itu telah menetapkan strategi pemulihan ekonomi selepas pandemik iaitu melalui pelaburan industri, perdagangan serta beberapa sektor lain.
Kata beliau, industri pembuatan merupakan salah satu sektor sokongan dalam pertumbuhan ekonomi Indonesia dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun termasuk semasa pandemik.
“Malaysia merupakan salah satu daripada 10 pelabur teratas di Indonesia dengan realisasi pelaburan dalam tempoh lima tahun terakhir (2017-2021) mencecah AS$6.76 bilion yang mana sektor sekunder menyumbang 34 peratus kepada jumlah realisasi pelaburan.
“Realisasi pelaburan sektor pembuatan di Indonesia dalam lima tahun terakhir (2017-2021) berjumlah lebih 1.3 trilion Rupiah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
beliau menghadiri forum pelaburan bertemakan ‘Melabur dalam Industri Pembuatan Indonesia’ di Hotel Wembley di sini.
Turut hadir Pengarah Promosi Asia Tenggara, Australia, New Zealand dan Wilayah Pasifik (AASP) di Kementerian Pelaburan/BKPM Saribua Siahaan dan Timbalan Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Maritim danPelaburan, Ferry Akbar Pasaribu.
Mengulas lanjut, Bambang berkata, forum itu dianjurkan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi di negara itu susulan pasca pandemik.
“Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi acara kerana ia merupakan salah satu hab pembuatan terbesar di Malaysia selain diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan minat pelabur di negara ini melabur di Indonesia.
“Kita percaya sekiranya pelaburan dalam sektor pembuatan dilaksanakan ia akan memudahkan pelabur kerana terdapat 27,000 rakyat Indonesia mempunyai pengalaman kerja di sektor sama di negeri ini yang akan dimanfaatkan nanti.
“Mereka merupakan potensi sumber daya manusia yang boleh dimanfaatkan pelabur selain tidak perlu melakukan latihan intensif memandangkan sudah ada pengalaman kerja di sektor sama,” ujar beliau.
Sementara itu, Saribua berkata, selain Malaysia, pelabur dari China, Jepun serta Korea turut menunjukkan minat untuk pelaburan di Indonesia. – MalaysiaGazette
The Malaysia Gazette
Tue Nov 29 2022

Dalam Rancangan Pembangunan Jangka Sederhana (RPJMN) 2020-2024, republik itu telah menetapkan strategi pemulihan ekonomi selepas pandemik iaitu melalui pelaburan industri, perdagangan serta beberapa sektor lain. - Foto The Malaysia Gazette

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Indonesia sediakan strategi ekonomi buat pelabur Malaysia
Rancangan Pembangunan Jangka Sederhana 2020-2024, republik itu telah menetapkan strategi pemulihan ekonomi selepas pandemik iaitu melalui pelaburan industri, perdagangan serta beberapa sektor lain.