DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Oktober 2023.
Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu.
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dengan penuh yakin mendakwa, pembebasan seorang anggota tenteranya daripada tawanan Hamas membuktikan keupayaan mereka memasuki Gaza.
Sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan dilaporkan terbunuh, manakala 372 lagi cedera dalam perang antara Palestin-Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Meskipun UN-Habitat mengangkat isu pendanaan dalam pembangunan lestari bagi meraikan World Cities Day, namun Turki menggunakan pentas ini sebagai solidariti untuk Gaza.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangs, Save the Children mendedahkan setiap seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit di Gaza dalam perang yang berlanjutan antara Israel dan Hamas.
Jepun mengenakan set sekatan baharu terhadap beberapa individu dan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pejuang Hamas yang berpangkalan di Gaza.
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera akibat keganasan yang meletus semasa pilihan raya tempatan di Filipina, kata seorang pegawai pilihan raya pada Selasa.
Kapten pasukan bola sepak remaja Thailand yang diselamatkan dari gua yang dilanda banjir pada 2018 disahkan membunuh diri di sebuah sekolah di United Kingdom (UK) awal tahun ini.
Rumah milik keluarga Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di Crimea dilelong pihak berkuasa Rusia pada harga 44.3 juta rubel (US$480,000), lapor Agensi Berita Jerman dpa, memetik Agensi Berita Rusia TASS.
Lima bintang utama pelakon sitkom televisyen popular 1990-an "Friends" memberi penghormatan kepada aktor Matthew Perry dalam satu mesej bersama meratapi kematian sahabat mereka dan menganggap ia sebagai "kehilangan yang tidak dapat diduga."
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami