Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 November 2023.
Jeda kemanusiaan sementara di Semenanjung Gaza dilanjutkan sehari lagi pada Khamis.
Presiden China Xi Jinping berkata China konsisten dalam pendirian menegakkan keadilan dalam isu Palestin selain aktif menggalakkan rundingan damai dan terus menyediakan bantuan kemanusiaan serta pembangunan kepada Palestin.
China terus menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan penghantaran terbaharu dibuat pada 28 November.
Singapura mengerahkan pesawat Pasukan Udara Republik Singapura (RSAF) untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza, kata Kementerian Luar (MFA) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) republik itu.
Penduduk di Semenanjung Gaza ketika ini terus bergelut untuk meneruskan kehidupan selepas kediaman dan kemudahan infrastruktur musnah, kekurangan makanan serta terdedah dengan pelbagai penyakit berjangkit.
Calon presiden Indonesia Prabowo Subianto dilapor berlepas ke Malaysia pada pagi Khamis untuk kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas perdana menteri Thailand Prayuth Chan o-cha dilantik sebagai ahli Majlis Privy, sebuah badan penasihat kepada monarki yang berprestij.
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis, lapor Xinhua memetik kenyataan jabatan kecemasan bandar raya itu.
Empat pendatang asing maut selepas terjatuh dari sebuah bot laju haram di sebuah pantai di Cadiz di selatan Sepanyol pada Rabu.
Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Henry Kissinger meninggal dunia pada usia 100 tahun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

