awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2024
15:54 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Mac 2024.
1. Konflik Palestin: Malaysia dan Jerman gesa gencatan senjata kekal dilaksanakan di Gaza
Malaysia dan Jerman hari ini menggesa agar gencatan senjata kekal dilaksanakan di Semenanjung Gaza selain pembebasan tawanan manakala bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin disegerakan.
2. Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan akan mula berpuasa dalam bulan Ramadan pada Selasa selepas anak bulan kelihatan pada Isnin.
3. Umat Islam di New York teruja sambut kedatangan Ramadan
Ribuan umat Islam di New York menyambut permulaan Ramadan pada Ahad, dengan berkumpul di Times Square yang simbolik.
4. Lawatan PM ke Jerman: Sekitar 30 syarikat utama Jerman sertai meja bulat perniagaan
Sekitar 30 syarikat utama Jerman bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang meja bulat perniagaan pada Selasa.
5. Hubungan Malaysia dengan China baik-baik sahaja, kata PM Anwar
Malaysia telah memberi jaminan kepada Jerman bahawa hubungannya dengan China adalah baik dan tidak berdepan dengan sebarang isu yang serius.
6. Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan
Bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan yang baharu.
7. Pemberi maklumat Boeing ditemui mati beberapa hari selepas beri keterangan
Seorang bekas pekerja Boeing yang lantang menyuarakan kebimbangan mengenai piawaian keselamatan pengeluaran pesawat syarikat itu telah ditemui mati.
8. Selatan Perancis masih tenggelam akibat banjir
Kawasan di Beaucaire, timur Montpellier di selatan Perancis masih ditenggelami air meskipun banjir mula surut pada Isnin.
9. Penumpang 'tercampak', pesawat Latam Airlines alami masalah teknikal
Seramai 12 penumpang dimasukkan ke hospital selepas pesawat Latam Airlines mengalami masalah teknikal ketika penerbangan dari Sydney ke Auckland pada Isnin.
10. Lebih 1.8 juta lintas pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas sepanjang 7-10 Mac
Lebih 1.8 juta pelancong melintasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas sempena cuti sekolah dari 7 hingga 10 Mac 2024, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA).
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#antarabangsa
#pusat pemeriksaan
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan