awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita ATM ditutup tiga hari akibat serangan WannaCry palsu - SKMM

Bernama
Bernama
16/05/2017
15:30 MYT
Berita ATM ditutup tiga hari akibat serangan WannaCry palsu - SKMM
Kementerian Komunikasi dan Multimedia menasihatkan orang ramai agar tidak cemas dengan penularan informasi mengenai ancaman serangan siber ransomware ''Wannacry'' yang sedang berlaku di seluruh dunia. -Gambar fail/Reuters
Kementerian Komunikasi dan Multimedia menasihatkan orang ramai agar tidak cemas dengan penularan informasi mengenai ancaman serangan siber ransomware ''Wannacry'' yang sedang berlaku di seluruh dunia.
Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata sebaliknya orang ramai dinasihatkan merujuk kepada pihak berwajib tentang kesahihan maklumat yang diterima berkenaan perkara berkaitan selain mengambil langkah berjaga-jaga.
"Ramai pihak yang bertanya saya betulkah kononnya mesin juruwang automatik (ATM) akan ditutup selama dua hingga tiga hari akibat serangan siber ransomware ini.
"Apa yang saya boleh katakan setakat ini, kementerian tidak menerima apa-apa laporan daripada individu atau kumpulan yang menjadi mangsa serangan siber itu, dan apa yang tular itu adalah palsu," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas penutupan Program Asean@YoungFingertips 2017, yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Dataran Denai Larian, di sini.
Beliau mengulas berkenaan mesej mengenai mesin ATM ditutup yang meminta orang ramai mengeluarkan wang dalam kadar segera serta mengelak membuat sebarang urus niaga dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa serangan siber itu.
Mengulas lanjut, Jailani berkata bagaimanapun dalam berdepan situasi semasa, orang ramai boleh mengambil langkah meningkatkan ciri keselamatan di komputer masing-masing dengan memasang antivirus selain tidak membuka apa-apa pautan yang mencurigakan," katanya.
Sementara itu, program Asean@YoungFingertips 2017 yang berlangsung sejak Ahad lepas telah menarik lebih 1,500 pengunjung melibatkan pelbagai program seperti pameran ASEAN@i-Foto, pemeriksaan kenderaan dan pertandingan mewarna serta aktiviti berkaitan kenegaraan dan budaya komuniti ASEAN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Jailani Johari
#ransomware
#serangan siber
#WannaCry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan