Edisi kedua Malaysia Fashion Week 2015 (MFW2015) yang berlangsung dari 4 hingga 7 November 2015 yang lalu di Matrade Exhibition and Convention Centre telah berjaya mengangkat martabat dunia fesyen tempatan ke satu tingkat lebih tinggi. Dua agenda utama yang mengambil tempat dalam penganjuran kali ini adalah Trade Exhibition: FACIT@INTRADE (bermula 4 hingga 7 November) menggabungkan jenama fesyen serta gaya hidup tempatan dan antarabangsa di bawah satu bumbung pameran dagangan. Ia juga berjaya menarik perhatian peserta pameran dan pembeli dari pelbagai negara menerusi slot Incoming Buying Mission sepanjang empat hari pameran berlangsung. Penutup tirai MFW 2015 dimeriahkan dengan pertunjukan fesyen berprestij selain Anugerah Mercedes-Benz STYLO Asia Week (MBSAFW) yang memberi pengiktirafan kepada barisan pereka fesyen rantau Asia. Manakala Trade Fashion Shows for The Malaysian Fashion Week pula bermula 5 hingga 7 November.
Pelbagai agenda dan slot disusun bagi memeriahkan penganjuran MFW kali ini. Antaranya XST-YLE Youth Fashion Expression Exhibition, Gala Pembukaan, The Galaxy Runway Inspired by Star Wars, trade fashion shows untuk kraftangan, koleksi Ready to Wear, pertunjukan fesyen busana muslimah serta pertunjukan koleksi fesyen selebriti seperti Madeena by Mizz Nina, Padusi by Rozita Che Wan, Suci by Yatt Hamzah dan Benua feat Altimet. Pentas peragaan MFW 2015 turut memberi laluan istimewa kepada pereka fesyen terkenal negara antaranya Bon Zainal, Fairuz Ramdan dan Ezuwan Ismail.
Dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, majlis pembukaan dan perasmian turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria, Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Dato’ Dzulkifli Mahmud, Pengerusi Bersama Malaysia Fashion Week merangkap Pengerusi Mercedes-Benz STYLO Asia Fashion Week; Dato’ Nancy Yeoh, Penasihat Kehormat MFW; Professor Dato’ Jimmy Choo serta Datuk Bandar Kuala Lumpur; Dato’ Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.
Penganjuran MFW 2015 lebih memfokuskan kepada youth engagement dengan pelbagai slot dan program yang lebih meluas selain memberi peluang dan penekanan kepada pereka-pereka muda juga ekspresi fesyen daripada kaca mata pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. Malam penganugerahan MBSAFW turut memberi pengiktirafan enam anugerah seperti MBSAFW Asia’s Most Influencial Designer of The Year, MBSAFW Style Icon of The Year, MBSAFW Best Modest-yle Designer of the Year, juga anugerah istimewa Professor Dato’ Jimmy Choo – Emerging Designer of The Year Accessories and Fashion. Menerusi platform ini, ia sekali gus memberi peluang kepada pelajar jurusan fesyen dan seni reka untuk berpeluang memenangi fashion mentorship bersama personaliti terkenal di London.
Disokong oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, MBSAFW mengenengahkan lebih 60 pereka fesyen daripada lebih 15 negara Asia yang memperagakan koleksi mereka menerusi platform MFW. Daripada perspektif lain, ia adalah wadah perdagangan fesyen yang diterajui komuniti Asia untuk Asia.
MFW 2015 adalah anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama Stylo International. Disokong oleh Malaysia Convention & Exhibition, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Rakan media digerakkan oleh The Star, ASTRO Digital Publications Sdn Bhd, ASTRO on Demand dengan sokongan majalah InTrend, STYLE: dan Men's Uno.
Syabas atas penganjuran ini. Semoga Malaysia Fashion Week akan terus melestarikan industri fesyen dan perdagangan Malaysia!
Astro Publication
Wed Dec 16 2015
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
[BERITA FESYEN] Kemeriahan Pentas Fesyen MFW 2015
Edisi kedua Malaysia Fashion Week 2015 (MFW2015) yang berlangsung dari 4 hingga 7 November 2015 yang lalu...