Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Jun 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Jun 2026.

  1. Kes dana Armada: Kekal bebas atau penjara, nasib Syed Saddiq diketahui esok

    Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengetahui nasibnya esok sama ada kekal bebas atau diarahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

  2. Mayat wanita ditemukan dalam bagasi di sebuah rumah di Kajang

    Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah bagasi di ruang tamu sebuah rumah di Taman Impian Indah, Kajang, pada malam Ahad.

  3. Isu pengebumian jenazah: MAIS adakan pertemuan segera pihak terlibat

    Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengarahkan pertemuan segera antara waris; pengurusan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam; Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menyelesaikan isu dakwaan kelewatan pengebumian jenazah, baru-baru ini.

  4. Bekalan bahan api mencukupi hingga Ogos - Menteri Ekonomi

    Bahan api negara mencukupi sehingga Ogos depan, manakala bekalan beras termasuk stok penimbal mampu menampung keperluan bagi tempoh antara lima hingga enam bulan.

  5. Dua rakyat Malaysia terkena letupan bom di Tak Bai

    Dua rakyat Malaysia cedera selepas kenderaan yang dinaiki terkena letupan bom berhampiran Mukim Phrai Wan, Daerah Tak Bai, Wilayah Narathiwat, Thailand pada Isnin.

  6. 25,000 individu bakal terima manfaat Bakat Madani – PM Anwar

    Inisiatif Bakat Madani yang dilancarkan kerajaan dijangka memberi manfaat kepada seramai 25,000 individu dalam tempoh setahun mulai pertengahan 2026.

  7. PM Anwar lancar Malaysia Digital 2030, sasar 30 peratus sumbangan ekonomi digital kepada KDNK

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Malaysia Digital 2030 (MD2030), satu rangka tindakan nasional bagi tempoh 2026-2030, yang menandakan peralihan drastik fokus negara daripada pengguna teknologi kepada pengeluar inovasi tempatan.

  8. Kerajaan setuju lanjut perjanjian dengan Ocean Infinity kesan bangkai pesawat MH370

    Jemaah Menteri bersetuju untuk melanjutkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) bagi meneruskan usaha pencarian dasar laut pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi, berkuat kuasa selama 12 bulan, bermula dari 1 Julai ini hingga 30 Jun 2027.

  9. Malaysia, Indonesia komited perkukuh kerjasama bidang perundangan, tadbir urus

    Malaysia dan Indonesia komited memperkukuh kerjasama dalam bidang perudangan, tadbir urus serta pelbagai bidang strategik yang menjadi kepentingan bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  10. Rayuan Rosmah dalam kes projek solar bermula Rabu

    Selepas rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan dana Armada, satu lagi kes berprofil tinggi akan berlangsung di Mahkamah Rayuan di sini Rabu ini.

Must Watch Video

Advertisement